Jatuh & Bangun!

October 31, 2007

Saya sedar dimana semua orang disekeliling saya sudah berjaya dan saya masih merangkak-rangkak untuk mencari kejayaan tersebut. Saya sedar belum masanya rezeki untuk diri saya ini untuk maju ke hadapan. Namun saya masih berusaha untuk berjaya. Saya sedar, saya hanyalah seorang pemuda biasa yang tinggal di sebuah bandar kecil dan tidak pernah merantau serta menetap dimana-mana kawasan. Ibarat katak bawah tempurung. Saya banyak mengalami kegagalan untuk maju ke hadapan sehinggakan saya sendiri mengalami tekanan melihat kehidupan diri saya sendiri dan sehinggakan saya berfikir “Adakah Aku Seorang Loser?”. Tetapi saya tidak pernah berputus asa untuk meneruskan perjuangan dan matlamat yang ada  di dalam diri saya. Sepanjang saya membesar, tiada sesiapa pernah menolong saya apabila saya mengharapkan bantuan mereka dan dari situlah saya berpegang pada prinsip tidak perlu mengharapkan sesiapa. Apabila saya mengharapkan sesiapa, semua perancangan akan terganggu dan melambatkan proses kerja-kerja saya. Dengan pengalaman yang perit dan memenatkan, saya lebih suka hidup tanpa menyusahkan sesiapa. Tanpa perlu ada perasaan terhutang budi. Walaupun ada beberapa orang telah menolong saya untuk maju ke hadapan tetapi saya tidak pernah melupakan orang-orang tersebut walaupun mereka menjadi musuh saya sekalipun. Jasa mereka saya tidak pernah saya lupakan sampai mati. Berbuat baik dibalas baik,berbuat jahat di balas jahat…. Saya ada matlamat hidup saya sendiri.. apa yang saya lakukan tidak perlu ambil tahu kerana saya tidak pernah untuk ambil tahu apa yang mereka buat. Saya jatuh dan bangun dengan sendirinya. Tidak perlu untuk mengharapkan simpati dari sesiapa.

tada-kimi-wo-aishiteru.jpg

Saya banyak menonton pelbagai tayangan filem dan sememangnya sedikit sebanyak jalan cerita tayangan filem yang kita tonton akan mempengaruhi diri kita. Jadi, setiap kali saya menonton, saya akan berfikir banyak perkara seperti kesan jalan cerita terhadap individu yang menonton, apa yang saya pelajari daripada tayangan filem tersebut dan sebagainya. Sebagai seorang jurugambar, saya sentiasa berfikir untuk memajukan diri saya sendiri untuk menjadikan saya seorang yang terbaik pada suatu hari nanti. Saya menggunakan media tayangan filem sebagai panduan untuk mempelajari teknik fotografi dengan lebih berkesan daripada mengharapkan bantuan orang lain untuk mengajar kita. Inisiatif dari diri sendiri amat penting untuk memajukan diri sendiri. Sekiranya kita ingin berubah, berubah dengan usaha diri sendiri bukan dengan mengharapkan bantuan orang lain. Setakat ini terdapat dua tayangan filem yang menjadi inspirasi saya untuk maju di dalam dunia fotografi. Ren Ai Sha Shin dan Tada Kimi Wo Aishiteru merupakan tayangan filem yang mengisahkan dunia fotografi. Walaupun mempunyai unsur-unsur cinta tetapi saya melihat dari sudut lain iaitu kaedah penghasilan filem tersebut. Komposisi yang digunakan di dalam tayangan filem tersebut memang menjadi panduan saya dalam dunia fotografi. Komposisi di dalam tayangan filem Ren Ai Sha Shin memang begitu menarik sekali pada keseluruhan jalan ceritanya. Ini membuatkan saya begitu taksub dengan penghasilan komposisi di dalam tayangan filem tersebut. Ini merupakan sumber panduan saya untuk memahirkan teknik komposisi saya di dalam dunia fotografi. Secara jujurnya, kelemahan terbesar saya dalam fotografi ialah komposisi. Bagi saya walaupun hebat macam mana sekalipun teknik fotografi yang kita ada sekiranya komposisi masih gagal untuk diaplikasikan, sebuah foto yang dihasilkan tidak akan dapat menarik perhatian orang lain. Biarpun subjek itu cuma sebiji buah yang berada di atas meja, jika sebuah komposisi itu berjaya dihasilkan, sebuah foto yang hebat akan terhasil. Komposisi adalah asas dalam fotografi. Tanpa asas, menyukarkan saya untuk maju ke hadapan dengan begitu cepat. Jadi, sekarang saya hanya fokus pada teknik komposisi sahaja. Saya perlu menguasai teknik komposisi dengan sempurna untuk menghasilkan sebuah gambar yang dapat menarik perhatian orang lain.

Gaya fotografi perkahwinan saya sekarang lebih cenderung kepada gaya fotografi perkahwinan Susan Stripling dan Jessica Claire. Walaupun sekarang gaya “candid” dalam dunia fotografi perkahwinan menjadi kegilaan semua jurugambar fotografi perkahwinan, namun saya masih mencari kelainan dan identiti saya dalam fotografi perkahwinan. Ketika saya mengambil gambar, saya berpandukan naluri hati saya. Saya harus mencari dan menimba pelbagai pengalaman untuk mematangkan teknik fotografi saya. Semuga orang diluar sana akan mula mengenali gaya & teknik fotografi saya suatu hari nanti.

 

*Kepada Amirah & Adam, Selamat Pengantin Baru!!!*

Syukur Alhamdulillah, rezeki saya untuk fotografi perkahwinan masih berterusan. Kali ini majlis pernikahan diantara Amirah dan Adam berlansung di Felcra Bukit Kepong, Muar, Johor. Dengan pelbagai pengalaman yang banyak membina identiti saya sebagai jurugambar banyak membentuk diri saya untuk menjadi lebih tabah dan matang. Syukur saya dapat memyempurnakan solat Jumaat kerana saya percaya sekiranya saya leka untuk berbuat demikian, pelbagai musibah akan datang pada diri saya. Saya memulakan tugas dengan hati yang gembira dan segala perjalanan kerja saya berjalan lancar. Saya begitu yakin untuk mengambil gambar tanpa ragu-ragu kerana pelbagai kesilapan yang telah saya lakukan dan dari kesilapan tersebut saya belajar untuk maju ke hadapan. Dengan tenang saya mengambil gambar mengikut naluri dan pengalaman saya. Saya amat gembira kerana melakukan kerja dengan ikhlas dan tenang. Syukur Alhamdulillah.

 

*Terima kasih kepada bapa pengantin perempuan yang sanggup berkongsi pengetahuan dengan saya mengenai dunia “marketing”. Banyak yang saya pelajari daripada beliau. Hidup ini kenalah bercampur dengan pelbagai manusia dan barulah luas mata memandang.

I just got a new job!!!

October 25, 2007

mumcentre.jpg

Pada pagi Rabu, 25 Oktober 2007. Saya telah memohon satu peluang kerja sebagai jurugambar bebas di Jobsdb.com di MumCentre.com.my. Selepas menghantar permohonan melalui email, akhirnya saya mendapat respon yang begitu cepat daripada pihak syarikat tersebut. Elizabeth Thang merupakan pihak atasan yang menerima saya bekerja dan beliau berminat dengan latar belakang saya. Saya berinteraksi dengan beliau melalui email dan beliau menyatakan dalam email supaya menelefon beliau untuk tugas yang akan datang. Rupa-rupanya beliau seorang wanita Kaukasia. Ini kali kedua saya berbual secara personal dalam English dan sebelum ini saya mempunyai seorang kekasih dari Amerika serta dari situ saya mula mempunyai keyakinan untuk berbual dalam English. Saya akui, saya lebih suka berbual dengan orang-orang Kaukasia kerana percakapan mereka mudah difahami berbanding dengan bangsa lain jika bertutur dalam English. Tugas saya hanyalah untuk mengambil foto-foto ketika acara berjalan. Selepas itu foto tersebut akan di muat naik ke dalam server MumCentre.com.my untuk web gallery. Walaupun bayarannya cuma RM100 untuk satu acara dan mengambil masa antara 1 hingga 2 jam. Tetapi saya tidak kisah kerana saya ingin menimba pengalaman dan saya merasakan ini satu permulaan yang baik buat diri saya. Dengan persekitaran kerja yang membolehkan saya bertutur dalam English secara keseluruhannya, membolehkan saya memantapkan perbualan saya dalam English dan sedikit sebanyak membantu diri saya membina keyakinan diri sendiri.

Saya berfikir mengenai hasil kerja seni saya. Bermula dari dunia grafik sehingga ke dunia fotografi, banyak perubahan yang saya alami. Berjumpa dengan pelbagai manusia untuk maju ke hadapan. Saya lebih menikmati dunia seni halus dan fotografi, sememangnya itulah yang membuatkan saya bersemangat untuk bergiat dalam dunia seni. Saya terfikir tentang seorang pelukis kegemaran saya iaitu Ed Templeton, karyanya sinonim dengan gaya dirinya. Saya pun berfikir, hasil seninya tidaklah begitu hebat tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah seninya yang tersendiri. Ekpresi dirinya wujud dalam setiap hasil seninya. Setelah saya melihat pelbagai sudut untuk menjadikan hasil seni saya untuk berkembang maju, saya membuat satu kesimpulan. Dimana, jadilah diri sendiri. Mengambil yang positif untuk maju ke hadapan. Biarkan diri sendiri membuat keputusan dan janganlah membiarkan orang lain membuat keputusan untuk diri sendiri.

Nodame Cantabile

October 23, 2007

Nodame Cantabile sebuah J-Drama versi “live action” daripada anime Nodame Cantabile. Sememangnya sebuah drama yang kelakar dan saya mendapat semangat untuk tidak berputus asa untuk apa jua halangan daripada drama tersebut dan saya seorang yang mudah putus asa.

 

Watch This Drama!

 

Summary :

Shinichi Chiaki is the top piano student at the Momogaoka College of Music and an excellent violinist, but Chiaki doesn’t care about playing these instruments as much as he dreams of someday being a conductor. Chiaki, however, has several deeply rooted fears about traveling, and so finds himself “trapped” in Japan. Because he’s trapped, Chiaki starts to question exactly how far he can possibly go in music, especially when he’s passed over again and again for others he believes less worthy of musical scholarship and fame.Recently dumped by his girlfriend for a “ham” looking fellow, passed over for a chance to go overseas, and removed from his star spot in the piano competition because he walked out on his piano instructor, Chiaki is at his limit. This is when he meets Nodame, or Megumi Noda. Nodame is a free — and filthy — spirit who reminds Chiaki that music can be fun and what drew him to be a conductor in the first place. In learning how to deal with Nodame, Chiaki learns how to deal with others. Chiaki begins to realize what is possible for him, even within the country of Japan. For Nodame, Chiaki is everything she isn’t. Clean, neat, dedicated, studious and inherently arrogant about his accomplishments and capabilities, Chiaki constantly bullies her into being more serious about life. He sees potential in her and her abilities as a pianist that she doesn’t care about. She loves Chiaki and wants to be with him. But, because she’s serious about neither her piano studies nor her personal hygiene, Chiaki always denies her affections. Drawn together in a turbulent relationship, Chiaki’s perfectionism and Nodame’s untamed nature end up complementing each other. As the story progresses, they mature as individuals, as musicians and as a couple.

Banyak perkara yang harus saya pelajari untuk menghasilkan sebuah foto yang bernilai dan memberi sebuah makna yang besar bagi setiap orang yang melihatnya. Sesiapa sahaja pun boleh mengambil foto tetapi untuk mendapatkan sebuah foto yang mempunyai nilai-nilai tersendiri memanglah begitu susah untuk membuatkan orang lain kagum dengan hasil kerja kita. Sebuah foto yang dapat menghuraikan seribu satu cerita disebalik foto tersebut memanglah sesuatu yang mustahil untuk kita lakukan tetapi dengan latihan dan tunjuk ajar daripada orang-orang yang terdahulu boleh menghasilkan foto yang sedemikian. Inilah yang saya pelajari daripada Razak Latif. Kebanyakkan foto yang telah saya ambil masih tidak dapat memenuhi kriteria-kriteria sebuah foto yang hebat. Masih banyak yang harus saya pelajari. Dalam 100 foto yang saya ambil, hanya 3 sahaja yang terbaik yang boleh dibanggakan. Ini menunjukkan saya seorang yang mentah. Namun, saya tidak akan berputus asa untuk menghasilkan sebuah foto yang terbaik dan saya sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik pada suatu hari nanti.