Budak-Budak Kampung Sedeng
November 30, 2007













Setiap petang, saya akan berjalan-jalan untuk menangkap gambar sebagai latihan teknik fotografi. Pada petang Jumaat, selepas saya pulang mencuci gambar pelanggan saya. Saya terlihat sekumpulan burung Bangau yang menjadikan kawasan paya Kampung Sedeng sebagai habitat terbaru burung-burung tersebut. Seketika saya mengambil gambar burung-burung Bangau, saya dikerumuni oleh sekumpulan budak berbasikal dari Kampung Sedeng. Mereka bertanyakan kepada saya” Abang ngah wat apa? Abang nie wartawan ke? dan pelbagai pertanyaan yang diajukan kepada saya. Saya seolah-olah terhibur dengan gelagat mereka. Petang itu, mereka menemani saya mengambil gambar dan secara tidak langsung saya mengambil kesempatan mengambil gambar mereka sebagai latihan saya. Mereka begitu terhibur apabila saya menghalakan kamera saya ke arah muka mereka dan setengah daripada mereka agak malu. Saya berasa gembira melihat keriangan yang mereka alami dan mengingatkan saya waktu saya kecil dahulu. Waktu kecil saya juga seperti mereka semua, berbasikal kemana sahaja. Sememangnya saya suka berinteraksi dengan sesiapa sahaja sekiranya saya memegang kamera saya. Inilah perubahan yang terbesar dalam diri saya sejak saya menceburi di dalam dunia fotografi. Secara tidak langsung melatih komunikasi saya dengan orang lain.
Proses Membuat Sebuah Bingkai Gambar
November 29, 2007

1. Kemudahan untuk para pelanggan memilih kayu bingkai mengikut citarasa pelanggan.

2. Membuat perbincangan dengan pelanggan untuk menentukan bagaimana bingkai gambar yang dikehendaki oleh pelanggan.

3.Membuat ukuran pada kepingan gambar.

4. Merekod segala ukuran termasuk ukuran kepingan gambar dan ukuran panjang kayu bingkai yang akan digunakan.

5. Memulakan proses pencarian kayu bingkai yang dikehendaki.

6. Mengambil kayu yang dikehendaki untuk memulakan proses yang seterusnya.

7. Kayu yang dipilih akan dipotong mengunakan sebuah mesin khas.

8. 4 batang kayu bingkai dipotong untuk menjadikan sebuah bingkai gambar.

9. Melekatkan setiap penjuru kayu bingkai gambar untuk menjadikan sebuah bingkai gambar yang sempurna.

10. Memotong kepingan kaca untuk dijadikan pelindung gambar yang terdapat di dalam bingkai gambar.

11. Memotong kadbod keras untuk menutup bahagian belakang bingkai.

12. Mencari kepingan border gambar yang sesuai.

13. Membuat ukuran pada border gambar yang telah dipilih.

14. Meneliti ukuran yang siap diukur supaya tiada berlaku sebarang kesilapan.

15. Memulakan potongan pada border gambar.

16. Memotong 2 bahagian tengah pada border gambar untuk memasukkan 2 kepingan gambar.

17. Meneliti bahagian yang telah siap.

18. Membuat kekemasan sebelum memasukkan kepingan gambar pada bingkai gambar.

19. Selepas memasukkan kepingan gambar ke dalam bingkai gambar dan menutup bahagian belakang bingkai gambar dengan menggunakan kadbod yang telah dipotong, proses seterusnya adalah memaku pada bahagian tertentu untuk memastikan tiada kepingan gambar tersebut tidak terkeluar.

20. Menebuk lubang dan memasang pengantung pada bingkai gambar.

21. Siap!!!
Recent Work: Ainul & Husni Wedding Reception.
November 26, 2007

Selamat Pengantin Baru kepada Ainul & Husni yang berlangsung pada 25hb November 2007.
Photoshop editing learning like Syahrin Aziz style.
November 23, 2007

teknik baru

teknik lama
Saya cuba mempelajari teknik “photoshop editing”seperti Syahrin Aziz yang terkenal dengan kehandalan dalam dunia Photoshop. Bagaimana dengan pandangan anda terhadap kerja ini?
*CLS lighting + Photoshop editing, ini hasil kerja 5 minit, why 5 minit? hasil kerja ini cuma upgrade daripada teknik yang terdahulu, tambah-tambah sikit aje*
Artwork In Progress!
November 20, 2007

Amat meletihkan untuk menyiapkan sesebuah lukisan dan saya sedang menyiapkan lukisan untuk pameran seni saya di RANtAi 2007. Banyak perkara yang saya harus fikir untuk menjadikan pameran tersebut berjalan lancar terutama idea untuk konsep yang saya akan tonjolkan pada pameran kali ini.
*Ini kali terakhir saya akan pamerkan lukisan seni halus*
Recent Work: Children’s Technology Workshop Official Opening Ceremony
November 18, 2007
Stranger
November 18, 2007

Buat pertama kalinya seorang gadis sanggup berbual dengan saya. Walaupun kami tidak mengenali antara satu sama lain. Namun, dia cuba memberanikan untuk berbual dengan saya. Saya bertemu dengan si dia di Puduraya ketika hendak pulang ke Johor. Setibanya saya di Puduraya, saya membeli roti dan mencari tempat duduk untuk sarapan pagi saya. Akhirnya saya menjumpai tempat duduk yang kosong dan sebelahnya seorang gadis, dengan hati tidak mempunyai perasaan (hati kosong), saya bertanyakan tempat duduk disebelah gadis tersebut sekiranya terdapat sesiapa yang duduk disitu dengan nada yang serius. Ketika duduk sambil memakan roti, dia juga seperti saya. Menghabiskan sarapan pagi yang sedia ada. Selepas menghabiskan menu sarapan pagi yang ala kadar, dia meminta saya untuk menjagakan beg sementara dia ke tempat yang saya tidak ketahui. Saya dengan rela hati menjaga tempat duduk dia dan beg-beg kepunyaanya. Ketika dia muncul dan duduk semula, dia cuba berbual dengan saya. “Nak balik mana nie?” Dalam hati, pertama kali ada perempuan tegur saya. Saya pun menjawab dengan ringkas dengan senyuman yang manis… Hahahaha, “Nak balik Segamat”. Bermula dari situ, saya cuba berbual dengan dia dan bertanyakan dia dari mana dan sebagainya tetapi saya tidak terfikir untuk bertanyakan nama dia. Tiket bas yang dibelinya pada pukul 10 pagi sudah menunjukkan waktu perjalanan sudah tiba dan dia meminta saya menolongnya mengangkat begnya yang begitu berat dan besar. Saya dengan rela hati menolong gadis tersebut kerana saya sedar, dia baru sahaja tamat pengajian di UPSI dan pulang ke kampung dengan membawa pelbagai beg serta memerlukan pertolongan untuk membawa beg tersebut. Dia menolong saya memegang beg kecil saya yang berisi kasut dan saya menolong membawa beg dan menemaninya sehingga bas yang dinaiki akan muncul sebentar lagi. Dalam masa yang sama, saya ingin mengambil gambar dia sebagai kenangan. Akhirnya dia setuju dengan permintaan saya. Saya mengambil beberapa keping gambar dan saya cuba meminta nombor telefon beliau. Tetapi dia tidak mahu memberikan nombor telefonnya kepada saya. Dalam hati, tujuan saya untuk berbuat demikian adalah gambar yang telah diambil dapat dikongsi bersama. Saya sedar, dia salah faham akan maksud saya, mungkin dia fikir saya ingin cuba mengurat.. Hehehehe.. Saya tidak kisah akan semua itu. Sebelum dia pergi, saya dan dia sempat memberikan satu senyuman sebagai tanda selamat tinggal.
*Teringat akan drama jepun iaitu First Kiss dimana Kano Kazuki bertanyakan kepada Bamba-san mengenai hasil karya “masterpiece” sepanjang penglibatan Bamba-san di dalam dunia fotografi.*







