Pak Ali dan kerjayanya.
November 27, 2007





Sekian lama saya menanti peluang untuk mengambil foto di kedai gunting Pak Ali sebagai latihan fotojurnalis. Pak Ali adalah seorang tukang gunting rambut yang sudah lama beroperasi di Bukit Siput, Segamat, Johor. Beliau telah menjadi tukang gunting rambut saya sejak kecil lagi. Walaupun beliau tidak membenarkan saya mengambil gambar beliau pada mulanya tetapi saya tetap menunggu peluang dan bersabar untuk mengambil gambar. Sambil duduk seketika untuk menenangkan keadaan, saya mula mengeluarkan peralatan kamera saya sebagai persedian untuk mengambar beliau. Saya mulakan dengan mengambil gambar curi. Walaupun dia menyedari akan perbuatan saya, tetapi beliau tetap mengeluarkan kata-kata sinis supaya saya berputus asa untuk mengambil gambar ketika beliau melakukan kerjanya. Saya cuba bersabar dan meneruskan kerja saya. Akhirnya beliau mula tidak mengendahkan saya dan saya mengambil gambar serta tidak berganjak daripada kerusi yang saya duduk. Waktu itu, Pak Ali menegur saya, “Takkan kat situ aje amik gamba?” Akhirnya dia sudah memberi lampu hijau untuk saya beraksi. Alhamdulillah, saya memulakan tugas dengan bersungguh-sungguh. Pelbagai sudut saya cuba ambil untuk mendapatkan sebuah gambar yang bergelar fotojurnalism. Selepas saya sudah selesai mengambil gambar, sebagai ganjaran kepada beliau, saya dengan rela hati ingin mengunting rambut sebagai tanda terima kerana membenarkan saya mengambil gambar beliau sedang melakukan kerja sehariannya. Ketika rambut saya sedang digunting oleh Pak Ali, saya menyatakan hasrat sebenar saya mengapa saya mengambar beliau. Selepas berbual mesra dengan beliau, beliau akhirnya faham akan niat saya yang sebenar. Walaupun sebelum ini saya agak takut untuk membuat sebuah fotojurnalism secara perseorangan tetapi disebabkan semangat selepas saya melihat hasil kerja Steve McCurry, saya memberanikan diri untuk menjadi seperi Steve McCurry, seorang “travel photojournalist” untuk National Geographic.
For more photo’s, click here.


November 29, 2007 at 7:56 am
salam,.menarik
July 2, 2008 at 1:27 pm
shafie – thanks shafie