Photo Of The Day | Election Fever Part II
February 29, 2008








Enjoy!
Jim Lo Scalzo | Evidence of My Existence
February 26, 2008
Part I
Part II
I’m really insipired from his short documentaries and extremely inspired from his pictures. His works are similiar like Steve McCurry works.
Photo Of The Day | Usang
February 26, 2008

Dalam beberapa hari ini, saya tidak mempunyai semangat untuk melakukan sebarang latihan fotografi kerana keyakinan untuk mengambil gambar seperti dahulu telah hilang disebabkan peristiwa di Petaling Street. Banyak pengajaran dan pengalaman yang saya pelajari walaupun sebelum ini saya selalu berhadapan dengan situasi seperti itu tetapi tindakan yang saya lakukan di Petaling Street, sememangnya tindakan yang tidak wajar untuk melakukan “street photography”. Suatu hari, saya menonton sebuah filem iaitu “Blood Diamond” dan mempunyai banyak kaitan dengan dunia journalism. Semangat itu kembali untuk saya lebih berani menghadapi dugaan dan cabaran yang lebih hebat di masa akan datang. Saya bersyukur kerana saya kini kembali beraksi..
Potraiture | Self-Potrait
February 26, 2008


Taken with my precious potraiture lens : Nikkor AF 35mm – 80mm F/4 -5.6 D
*Tak tahu nak wat apa, bermain-main dengan Si D70s*
Photo Of The Day | Election Fever Part I
February 24, 2008

I wish that i could get some good photo’s during 2008 election.
Reuters | You Witness News
February 23, 2008


Syukur Alhamdulillah..
Photo Of The Day | Fahmi
February 23, 2008


Fahmi playing bass guitar.
Friends | Uncle Sulaiman.
February 19, 2008

Bertemu dengan Pakcik Sulaiman di LRT Star Masjid Jamek ketika hendak pulang ke rumah di Salak Selatan selepas selesai kerja-kerja sesi foto perkahwinan di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak. Ketika bertemu dengan Pakcik Sulaiman, Pakcik Sulaiman menegur saya kerana saya menggunakan D300 dan tiba-tiba seorang uncle chinese yang namanya Leong memperkenalkan diri. Beliau juga seorang jurufoto sepenuh masa. Kami bertiga menghabiskan waktu petang dengan berbual mengenai dunia fotografi. Memang banyak ilmu yang saya dapat daripada mereka berdua dan Pakcik Sulaiman asyik mempromosi kelebihan Zeiss lens serta beliau anti-Canon (dalam hati saya, apa kena dengan orang tua ni). Pakcik Sulaiman sememangnya sudah lama terlibat dengan fotografi sejak beliau masih di bangku sekolah. Beliau kini masih menggunakan Nikon F dan ianya mengingatkan saya kepada Dr. Faisal (Dr. Faisal terlibat dalam dunia fotografi sejak bangku sekolah). Sementara Uncle Leong, seorang yang tidak pernah menggunakan DSLR tetapi “he know everything about DSLR” dan beliau membuat satu “demo” depan saya untuk membuktikan yang beliau tahu akan tentang DSLR. Memang mengagumkan! Pakcik Sulaiman seorang yang jenis “up to date” dan tahu segala perkembangan dunia fotografi masa kini. Apabila saya tengok personaliti pakcik Sulaiman, memang lawak la (macam orang gila pun ada) tetapi memang respek la sama pakcik Sulaiman. Memang cool! Uncle Leong nak tunjuk pada kami berdua macam bagus dari segi ilmu fotografinya tetapi dia mantap dari segi teknikal dalam fotografi (dalam hati kami berdua melayankan aje perangai Uncle Leong). Perbualan kami tidak putus di LRT tersebut dan kami saling bertukar-tukar nombor telefon untuk bertemu kembali suatu hari nanti.
*Pakcik Sulaiman memang lawak gila dia punya style.. wakakaka dan Uncle Leong dalam proses menunggu kamera barunya “D3″ yang sudah ditempah*

