Photo Of The Day | Olympic Torch Relay in Kuala Lumpur.

Selepas saya menghadiri temuduga kerja sebagai photojournalist di sebuah syarikat penerbitan majalah iaitu Suri Media Sdn. Bhd. saya pulang ke rumah untuk mengemas kini peralatan fotografi saya untuk larian obor Olimpik di pusat bandaraya. Pertama kali saya seorang diri ke pusat bandaraya dengan menaiki motosikal. Dengan tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang akan jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur, saya menunggang hanya berpandukan “signboard”. Destinasi pertama iaitu Dataran Merdeka. Saya segera meletakkan motorsikal dan terus bergegas untuk mengambil gambar pelancaran larian obor Olimpik, malangnya saya lewat dan kawasan dikerumuni oleh pelancong dan media. Saya cuba lakukan yang terbaik untuk dapatkan sekeping gambar yang boleh dijadikan sebuah portfolio saya di masa akan datang. Dengan berasak-asak bersama jurufoto-jurufoto yang lain dan dimaki-hamun oleh petugas-petugas larian obor Olimpik terutama Polis, saya gagah berdiri untuk mendapatkan sebuah foto. Selesai saya mengambil gambar, saya berganjak ke destinasi yang seterusnya iaitu, Stesen KTM. Disana saya bertemu dengan seorang jurufoto iaitu Kem_Foto (nama samaran beliau di forum). Kami sempat berbual sementara menunggu peserta larian obor Olimpik. Kami menyangkakan bahawa peserta larian obor akan melalui kawasan kami dan kami bersedia untuk mengambil gambar peserta larian obor Olimpik, tetapi sebuah van datang kepada kami dan menurunkan seorang peserta larian obor untuk gantian. Kami tergamam seketika kerana peserta yang turun dari van tersebut ialah Shalin Zulkifli. Saya kaku seketika sementara orang-orang yang berada disekitar tersebut sempat mengambar gambar bersama Shalin dan saya masih tercengang serta mula mengelabah ketika hendak menukar lens. Saya sempat mengambil gambar Shalin dan berkata kepada beliau “Shalin, cepat Shalin, satu gambar!” Hahahahaa.. Lawak gila la. Selepas peserta larian obor sampai dan Shalin mengambil giliran peserta tersebut. Saya cuba ke destinasi seterusnya iaitu Menara Kuala Lumpur, malangnya saya tidak tahu akan laluan ke Menara Kuala Lumpur. Tetapi saya sempat mengambil gambar penyokong-penyokong Olimpik dari China di Bukit Bintang. Selepas di Bukit Bintang, saya pulang ke rumah dan bersiap sedia untuk bertemu dengan seseorang.. huhuhuhu

Kesian kat semua photographer yang jalan kaki hendak ke destinasi seterusnya ketika saya sedang menunggang motosikal yang juga ke destinasi seterusnya.. dan saya plak, tak tahu jalan area KL.. hahahahaha.. Nak pergi ke menara Kuala Lumpur, sesat ke Bukit Bintang..

* More pixs at my flickr *

~ by AIZUDDIN SAAD on April 22, 2008.

3 Responses to “Photo Of The Day | Olympic Torch Relay in Kuala Lumpur.”

  1. salam bro. aku dpt website ko ni pun dr fmdc. lawa la gmbar bro..guna kamera jenis apa? aku ni br 6 bulan pegang slr..

  2. nice one aizuddin. ingat lagik the view in beijing on the preparation for the olympic. the bird nest stadium mmg superb and they also have a olympic road.

  3. chot - Aku guna kamera Nikon D300.. slow2 study photography.. pasti boleh!!

    Zara - thats cool!

Leave a Reply