Now, i am the DrikNEWS photographer.

Belajar menghasilkan sebuah foto yang ’simple and clean’

Harapan Baru Khalak

May 23, 2008

Bahasa Malaysia :

Khalak Hashim, 33 tahun yang berasal dari Dhaka, Bangladesh antara beribu-beribu pendatang asing mencari peluang pekerjaan di Malaysia. Khalak bekerja sebagai pekerja cerucuk jack-in ataupun dalam bahasa Inggeris dipanggil “Piling Worker” di sebuah syarikat pembinaan, Teng Piling & Construction di Johor Bahru dengan pendapatan sebanyak Ringgit Malaysia 40 untuk waktu kerja 8 jam berbanding pekerjaan dahulunya sebagai tukang kayu ketika di Bangladesh dengan pendapatan sebanyak Taka Bangladesh 100 bersamaan Ringgit Malaysia 4. Namun, Khalak gembira setelah mendapat peluang pekerjaan dengan harapan ingin mengubah nasib keluarga yang hidup dalam kemiskinan. Khalak mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja dan 2 orang anak lelaki yang masih berumur 5 tahun dan 2 tahun. Khalak memperuntukkan wang daripada hasil pendapatan yang diperolehi kepada keluarganya sebanyak Ringgit Malaysia 500 sebulan sementara Khalak menampung kehidupannya dalam masa sebulan dengan berbekalkan baki wang pendapatan sebanyak Ringgit Malaysia 300. Khalak bercerita, di Bangladesh Khalak mendapat peluang pekerjaan di Malaysia melalui sebuah agen pekerjaan dari Malaysia yang datang ke Bangladesh untuk mencari buruh-buruh pekerjaan di dalam sektor swasta. Khalak diberi kontrak kerja selama 3 tahun dan kini Khalak sudah hampir bekerja selama 1 tahun dengan keupayaan tidak tahu menulis dan membaca, Khalak hanya mampu bercakap beberapa patah perkataan dalam bahasa Malaysia. Walaupun agak sukar untuk berbahasa Malaysia tetapi Khalak gigih menempuh segala dugaan demi menyara sebuah keluarga.

English:

Khalak Hashim, a 33 years old gentleman from Dhaka, Bangladesh was one of thousand of foreign workers searching for job opportunities in Malaysia. Khalak currently working in the construction industry incharged of the jack-in piling with Teng Piling Construction based in Johor Bahru with an income of RM40 Ringgit Malaysia a day which covered 8 working hours compared to his previous job as a carpenter way back in Bangladesh with an income of 100 Taka Bangladesh which it is only equivalent to 4 Ringgit Malaysia. He felt so happy when he got a job in Malaysia hoping that it could slowly improved his family cost of living. His wife is working as a fulltime housewife who looked after both his 2 sons where individually 2 and 5 years old. Every month, Khalak will allocate 500 Ringgit Malaysia from his income for the use of his beloved family meanwhile in Malaysia, Khalak will only survive with the balance of his salary which it is only 300 RInggit Malaysia. From what Khalak said earlier, he managed to get a job in malaysia through an agent from Malaysia who search and looking after foreign workers who is interested to work inforeign countries. He was given a 3 years contract and it has been a year for Khalak to be in Malaysia now without any capabilities to write and read. Khalak could any managed to speak a few words in Bahasa Malaysia. Eventhough it was a tough time for him to converse well in Bahasa Malaysia but still Khalak strive and work hard all the time to go through all the challenges to pay for his family living.

*Percubaan pertama saya dalam menghasilkan sebuah photo-essay, namun pelbagai kritikan telah saya terima daripada jurufoto-jurufoto handalan dan masing-masing memberi pandangan serta cara yang berbeza. Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menganggap ianya satu perkara yang positif untuk mematangkan cara saya berfikir dan bekerja. Diharap kepada anda yang melihat photo-essay ini, dapat memberi sedikit pandangan dan idea.. Terima Kasih.

Kesimpulannya photo-essay ini masih tidak berjaya.

*A Big Thanks to Zara & Adha for helping me*

My pix appear at the Times Square building, New York.

Perayaan Hari Wesak di Segamat, Johor agak berlainan di tempat lain kerana mereka tidak meraikan di tokong-tokong untuk bersembahyang tetapi mereka meraikan disesebuah tempat khas seperti di “Local Buddha Building Centre”. Saya tidak kelihatan sebarang sami yang memakai pakaian sami berwarna oren dan kuning tetapi saya melihat sami berpakaian berwarna hitam. Saya dan rakan baru saya iaitu Adha telah bergegas ke festival Buddha untuk mengambil gambar festival tersebut. Pada mulanya saya agak gementar untuk ke sana kerana saya berfikir perkara negatif sedangkan Adha tidak menunjukkan sebarang reaksi negatif untuk mengambil gambar. Dia seorang yang “main hentam”. Hahahahaha… Saya amat gembira bertemu dengan dia kerana saya kembali yakin dan berani untuk bertembung dengan orang luar serta berkomunikasi. Akhirnya saya mempunyai teman untuk mengambil gambar walhal sebelum ini saya keseorangan..

Do you like it?

*Hahahahaha..letih melayan budak2 kecik..tapi seronok gila lah..*

Pixs using the Nikon D300 + Nikkor AF 35-80mm F/4-5.6 D (the sharpest lens ever i have)

Baru-baru ini, ada seorang editor dari website NowPublic.com ingin menggunakan gambar saya (jumpa gambar saya di flickr) di dalam photo stories di dalam website tersebut. Setelah saya membenarkan gambar saya digunakan pakai dengan menggunakan license “Creative Common NonCommercial Share Alike” dan memerhatikan apakah yang terkandung di dalam website tersebut, saya mendapati website tersebut konsepnya seperti Reuters tetapi perbezaanya terdapat pada sumber-sumber berita daripada contributer dari seluruh dunia dan lebih senang dipanggil seperti di Reuters, Reuters You Witness News style. Logo & layout NowPublic.com pun lebih kurang sama seperti logo & layout Reuters. Kepada sesiapa yang ingin jadi contributer di NowPublic.com, hanya register dan upload photo for free and makes your own news around your environment.

Click here!