Photo Of The Day | Wesak Day 2008








Perayaan Hari Wesak di Segamat, Johor agak berlainan di tempat lain kerana mereka tidak meraikan di tokong-tokong untuk bersembahyang tetapi mereka meraikan disesebuah tempat khas seperti di “Local Buddha Building Centre”. Saya tidak kelihatan sebarang sami yang memakai pakaian sami berwarna oren dan kuning tetapi saya melihat sami berpakaian berwarna hitam. Saya dan rakan baru saya iaitu Adha telah bergegas ke festival Buddha untuk mengambil gambar festival tersebut. Pada mulanya saya agak gementar untuk ke sana kerana saya berfikir perkara negatif sedangkan Adha tidak menunjukkan sebarang reaksi negatif untuk mengambil gambar. Dia seorang yang “main hentam”. Hahahahaha… Saya amat gembira bertemu dengan dia kerana saya kembali yakin dan berani untuk bertembung dengan orang luar serta berkomunikasi. Akhirnya saya mempunyai teman untuk mengambil gambar walhal sebelum ini saya keseorangan..



Spooky yg agak la bro…
betul bro…lain rasanya bila kita keluar amik gambar ngan member…aku pun ajak member shoot wesak ni…biasanya shoot sorang je…best tgk idea and variety dari org lain…boleh share-share…bile la boleh shoot skali ngan kau agaknya?
Anuar - Yeke?
Azim - Ada teman agak seronok but kalau dah melebihi 2 orang, memang serabut bila amik gamba.. 24hb nie aku naik KL, gi shoot Citrawarna kat Putrajaya.. amacam? Aku sorang2 je..
kalau tau ada pi citrawana boeh join skali…tak pi shoot pun sebab takde kawan…huhu
Firdaus - 24hb tu, saya cancel turun Putrajaya. Ada kerja..