Harapan Baru Khalak

May 23, 2008

Bahasa Malaysia :

Khalak Hashim, 33 tahun yang berasal dari Dhaka, Bangladesh antara beribu-beribu pendatang asing mencari peluang pekerjaan di Malaysia. Khalak bekerja sebagai pekerja cerucuk jack-in ataupun dalam bahasa Inggeris dipanggil “Piling Worker” di sebuah syarikat pembinaan, Teng Piling & Construction di Johor Bahru dengan pendapatan sebanyak Ringgit Malaysia 40 untuk waktu kerja 8 jam berbanding pekerjaan dahulunya sebagai tukang kayu ketika di Bangladesh dengan pendapatan sebanyak Taka Bangladesh 100 bersamaan Ringgit Malaysia 4. Namun, Khalak gembira setelah mendapat peluang pekerjaan dengan harapan ingin mengubah nasib keluarga yang hidup dalam kemiskinan. Khalak mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja dan 2 orang anak lelaki yang masih berumur 5 tahun dan 2 tahun. Khalak memperuntukkan wang daripada hasil pendapatan yang diperolehi kepada keluarganya sebanyak Ringgit Malaysia 500 sebulan sementara Khalak menampung kehidupannya dalam masa sebulan dengan berbekalkan baki wang pendapatan sebanyak Ringgit Malaysia 300. Khalak bercerita, di Bangladesh Khalak mendapat peluang pekerjaan di Malaysia melalui sebuah agen pekerjaan dari Malaysia yang datang ke Bangladesh untuk mencari buruh-buruh pekerjaan di dalam sektor swasta. Khalak diberi kontrak kerja selama 3 tahun dan kini Khalak sudah hampir bekerja selama 1 tahun dengan keupayaan tidak tahu menulis dan membaca, Khalak hanya mampu bercakap beberapa patah perkataan dalam bahasa Malaysia. Walaupun agak sukar untuk berbahasa Malaysia tetapi Khalak gigih menempuh segala dugaan demi menyara sebuah keluarga.

English:

Khalak Hashim, a 33 years old gentleman from Dhaka, Bangladesh was one of thousand of foreign workers searching for job opportunities in Malaysia. Khalak currently working in the construction industry incharged of the jack-in piling with Teng Piling Construction based in Johor Bahru with an income of RM40 Ringgit Malaysia a day which covered 8 working hours compared to his previous job as a carpenter way back in Bangladesh with an income of 100 Taka Bangladesh which it is only equivalent to 4 Ringgit Malaysia. He felt so happy when he got a job in Malaysia hoping that it could slowly improved his family cost of living. His wife is working as a fulltime housewife who looked after both his 2 sons where individually 2 and 5 years old. Every month, Khalak will allocate 500 Ringgit Malaysia from his income for the use of his beloved family meanwhile in Malaysia, Khalak will only survive with the balance of his salary which it is only 300 RInggit Malaysia. From what Khalak said earlier, he managed to get a job in malaysia through an agent from Malaysia who search and looking after foreign workers who is interested to work inforeign countries. He was given a 3 years contract and it has been a year for Khalak to be in Malaysia now without any capabilities to write and read. Khalak could any managed to speak a few words in Bahasa Malaysia. Eventhough it was a tough time for him to converse well in Bahasa Malaysia but still Khalak strive and work hard all the time to go through all the challenges to pay for his family living.

*Percubaan pertama saya dalam menghasilkan sebuah photo-essay, namun pelbagai kritikan telah saya terima daripada jurufoto-jurufoto handalan dan masing-masing memberi pandangan serta cara yang berbeza. Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menganggap ianya satu perkara yang positif untuk mematangkan cara saya berfikir dan bekerja. Diharap kepada anda yang melihat photo-essay ini, dapat memberi sedikit pandangan dan idea.. Terima Kasih.

Kesimpulannya photo-essay ini masih tidak berjaya.

*A Big Thanks to Zara & Adha for helping me*

10 Responses to “Harapan Baru Khalak”

  1. anuar Says:

    Jadi kontraktor jugak kepe bro?
    p/s:apa depa cakap?


  2. Apa dia cakap? Aku cuma bleh kata, cara diaorg memang berbeza gila la.. x taw mana satu nk follow but aku amik point2 penting.

  3. Firdaus Says:

    love the story :) memerlukan keberanian kalau nak shoot camni :)

  4. anuar Says:

    Hehehe…sure kalau aku jadi ko pun, tak puas ati…kan? Keep on rolling!


  5. Firdaus – Memang bahaya nk shoot nie..lagi2 berhadapan dengan situasi kerja2 diaorg cam nie..ada lagi pix2 yg saya belum publish (the scary moment)).

    Anuar – Aku x kisah sebenarnya diaorg nk kata apa, aku terima je dan diaorg bagi pengalaman pun melalui experience diaorg.. yg penting, sentiasa berfikiran positif. Keep Positive Mental Attitude.

  6. Zara~AB Says:

    yeap…keep it positive all the way aizuddin! keep it up. shoot yg plg besh, yg kat driknews tue.


  7. Zara- Thanks a lot!!

  8. Loaner Says:

    Somehow i missed the point. Probably lost in translation :) Anyway … nice blog to visit.

    cheers, Loaner!

  9. outrastrilhas Says:

    Really like the photo sequence. I am gonna include it in my blog Outras Trilhas (Other Tracks). It is in Portuguese but I hope that u like it. All the best. Estela


  10. Loaner – Thank your Loaner for visit

    Outrastrilhas – Thank you very much!!! :)


Leave a Reply