Photo Of The Day | Lighting Effects Part II
June 30, 2008





Hari ini belajar dan mencuba pelbagai sudut teknik pencahayaan bersama Adha. Tak tahu la betul ke tidak hasilnya nie..
Begin career as a photojournalist..
June 28, 2008

Berdasarkan foto di atas, saya sedang melakukan temu ramah untuk mendapatkan maklumat bagi ‘assignment’ yang bakal akan saya hantar pada Utusan Malaysia. Kini, saya seorang ’stringer’ untuk Utusan Malaysia yang berpengkalan di Muar & Johor Bahru. Saya bertindak mencari bahan berita sekitar daerah Segamat, Johor. Hari ini merupakan kali pertama saya membuat 2 assignment dan pelbagai perkara yang saya pelajari ketika mencari maklumat untuk berita yang bakal saya hantar. KacapTelabik, jurufoto amatur di Segamat banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana untuk mendapatkan sesebuah maklumat dari segi masa, tempat, nama-nama seseorang. Dalam fikiran saya tidak terfikir untuk menghasilkan gambar-gambar cantik tetapi apa yang bermain di dalam fikiran saya adalah ‘Apa story aku nak kasi goreng nie’. Seperti biasa Adha dengan rela hati mengikut saya untuk latihan fotografi beliau. Foto di atas ketika saya sedang membuat tugasan yang ke-2 dan saya tidak menyedari akan dia mengambil foto ketika saya sedang membuat tugasan. Foto yang akan saya ingat sampai bila-bila waktu kali pertama saya bergelar seorang ‘photographer + journalist’. Saya masih perlu banyak belajar dalam dunia kewartawanan untuk lebih kreatif dan berdaya saing. Agak meletihkan sebenarnya ditambah dengan saya seorang kurang bersenam dan kali ini betul-betul menyeksa fizikal saya.
Thanks Adha for taking the picture.
Photo Of The Day | Green.
June 27, 2008

F/2.8 Bokeh at 200mm focal length from my new Nikkor AF 80-200mm F/2.8 ED
*I Love Nikkor*
Photo Of The Day | Lighting Effects
June 24, 2008

Pix by me

Pix by Adha
Kami berdua cuba bermain-main dengan cahaya dari ’speedlight’ sekadar untuk mempelajari tindakan kesan cahaya keatas subjek. Tak tahu la jadi ke tidak… Try & Error!!!
Photo Of The Day | Kuala Lumpur Streets.
June 23, 2008



Saya ke Kuala Lumpur untuk berurusan dengan seorang pembeli yang bernama Nizam yang ingin membeli sebuah lensa Tamron 17-35mm F/2.8-4 kepunyaan saya. Apabila sampai di tempat yang dijanjikan iaitu di Ampang Park. Kami sempat berbual dan dia menguji lensa tersebut pada kamera dia iaitu Nikon D40 tetapi malangnya lensa tersebut tidak mempunyai ‘built-in AF motor’ dan menyebabkan lensa tersebut berfungsi secara manual. Nasib saya tidaklah begitu malang sekali kerana Nizam telah memberikan RM50 sebagai membiayai semula kos perjalanan saya dari Segamat ke Kuala Lumpur. Walaupun agak berat untuk mengambil wang tersebut kerana jumlahnya begitu besar, saya tetap mengambilnya atas dasar ‘rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari’. Hahahahaha.. Setibanya di Stesen LRT Masjid Jamek, saya mengambil keputusan untuk berjalan dari Stesen Masjid Jamek hingga ke Puduraya. Hati saya agak tenang dan terasa ingin mengambil gambar sepanjang laluan tersebut. Dalam fikiran saya hanyalah cuma ‘Point & Shoot’ dengan hati yang tenang. Apabila tiba di Puduraya, saya segera membeli tiket bas ke Segamat. Ketika hendak ke platform bas, duit RM5 saya tercicir dan seorang gadis menegur saya untuk mengembalikan duit tersebut. Saya hanya sempat mengucapkan terima kasih kepada dia kerana bas yang saya naiki sudah mulai bergerak. Hanya senyuman dan terima kasih sempat saya berikan kepada dia..
Photo Of The Day | Adha’s Brother.
June 20, 2008

Dengan tidak sengaja saya mendapat sebuah hasil yang begitu menarik dengan penggunaan teknik pencahayaan “Nikon CLS”. Sebuah ’speedlight Nikon SB-600′ sebagai ’slave’ pertama & ’speedlight Vivitar Series-1′ sebagai ’slave’ kedua digunakan untuk menghasilkan imej tersebut tetapi malangnya saya tidak tahu bagaimana hasil ini terjadi.. Harap ada sesiapa dapat memberi penjelasan..
* Pix tersebut tanpa sentuhan ‘Photoshop *
Photo Of The Day | Kuala Lumpur
June 18, 2008

Sebuah pemandangan Kota Kuala Lumpur dari tingkat 35, bangunan PNB. Saya menghadiri temuduga kali ke-2 untuk jawatan jurufoto & jurukamera (videographer) di PNB. Panel-panel temuduga berminat dengan hasil kerja saya tetapi saya kurang fasih berbahasa Inggeris dengan tatabahasa yang betul. Nasib saya agak baik ketika itu kerana hanya saya seorang sahaja yang hadir untuk temuduga kali ke-2. Sepatutnya terdapat 2 orang termasuk saya untuk ditemuduga tetapi malangnya yang lagi seorang itu tidak dapat hadir. Manakala pula, panel-panel temuduga sangat berminat dengan hasil kerja & pengalaman kerja saya.. Adakah saya mempunyai harapan yang cerah??
Euro Fun Park at Bukit Jalil.
June 18, 2008

1 Token = RM2

Laju gila benda nie.. Menggelabah wei!!

Jejaka & Gadis. Spiral Kinetik Circus babeh!!

Jejaka & Gadis lagi… Ali sedang membuat gelombang minda..hahaha

Ini la hasil kiteorang sepanjang kat fun fair tu..hahahaha
*Aku nak CJ7!!! Ali wat hal..hahahaha*

