Photo Of The Day | Life as a village kids.
Potraits of them.




and they swimming except the girl








Hari ini sebenarnya saya hendak buat photo-essay mengenai rumah kebajikan orang tua yang berdekatan dengan rumah saya tetapi apabila saya keluar dari rumah saya, saya terlihat sekumpulan kanak-kanak dari kampung seberang datang bermain di hadapan kawasan rumah saya. Saya menghampiri mereka dengan niat memotretkan mereka berempat. Saya membatalkan niat untuk ke rumah kebajikan orang tua tersebut (lain-lain hari boleh pergi). Saya meluangkan masa bersama mereka dan ternyata mereka pada mulanya agak malu dipotretkan, setelah berbual mesra dengan mereka. Mereka sudi menerima saya untuk bersama mereka. Setelah bosan mengekori mereka saya mula memberi idea untuk mengambil gambar di sebuah kolam yang terbiar berhampiran dengan rumah saya. Ketika mengambil gambar potret mereka. Saya mengajak mereka mandi kolam padahal saya nak ambik gambar mereka bermandi-manda. Mereka bersetuju dengan cadangan saya dan saya pun terpaksa berendam bersama mereka kerana telah berjanji akan mandi bersama mereka. Dengan sehelai ‘boxer’ dan saya berendam bersama D300 + Nikkor AF-S 18-70mm yang telah rosak akan ‘Auto Focus’. Sepanjang berada di dalam air, saya hanya mengambil dengan menggunakan ‘manual focus’. Terpaksa!!.. Memang mencabar dengan cahaya yang panas terik dan terkial-kial mengambil gambar mereka yang sedang lincah bermandi-manda ditambah untuk fokus secara manual dengan pantas. I love D300!! Saya berupaya mengambil gambar dengan jelas mengikut kemahuan saya kerana ‘viewfinder’ D300 yang terang dan jelas serta ‘coverage’ 100% membantu saya mendapatkan sebuah gambar dengan ’sharp’. D70s saya kasi bungkus… Setelah berhempas pulas bermandi-manda dengan penuh gaya lompatan yang mengarut, mereka memutuskan untuk pulang ke rumah sebelum kena hambat dengan orang tuanya..yeah!!!
*I guess the B&W version are more impact & meaningful than color version… for color version at my flickr.
*Actually this entry are full with many pixs but after doing some discussion with Beawiharta and he advised me, “select 3-4 best pixs with different angle“. *



i will definitely go with the first one! she got something to tell.
setuju ngan kau bro…viewfinder coverage is very important….mmg berbeza berbanding pakai viewfinder dslr yg kecik…YOU SEE MORE CLEARLY! and that’s very important for composition…insyaAllah aku akan angkat e-3 by year end…heh
i really love your wide angle shots…ada feel “being there”…hope to see more from you…
cantik sangat gambar2 ni.. jangan berhenti berusaha okay! GO-GO-GO ALONG! yibaaa!
kali ni banyak gambar yg cun..bagus.
*Actually this entry are full with many pixs but after doing some discussion with Beawiharta and he advised me, “select 3-4 best pixs with different angle“. *
cittt…aku pesan benda yg sama ko tak dgr, bea pesan baru ko nak dgr..
Zara - i also love it the first one too..
Azim Wan - E-3? Great!!!
Shasha - Ok Shasha!
Ajak - Hehehehe..ko cuma bilang ‘be a good editor’.
yang ini bagus aizuddin,,aku suka sebab ada jalan cerita dari mula hingga depa semua balik
samsul - thanks lastsham!!!
hak gamba budak tangan kat muka tu aku suka.art dia dasat.thehehe
dome- thanks dome for visit.. susah org hebat2 nie nk jenguk page saya nie.