My last wedding photography?
July 25, 2008


Sedikit hasil daripada majlis pernikahan Joe & Lin.
Saya amat bersyukur sekali kepada Allah S.W.T kerana telah memberi pintu rezeki untuk saya berhijrah dimana saya telah berjaya diterima bekerja di PNB, Kuala Lumpur sebagai jurufoto korporat. Sebelum ini, saya ada menyatakan pada ‘entry’ yang saya selesai menghadiri temuduga untuk kali-2 (final interview). Walaupun mengambil masa hampir 2 bulan untuk menunggu keputusan jawatan tersebut, saya tetap sabar menunggu dan dalam masa yang sama juga, saya turut menyiapkan segala hasil-hasil fotografi perkahwinan yang telah ditugaskan kepada saya. Memang niat saya untuk meninggalkan dunia fotografi perkahwinan dengan mencari sebuah pekerjaan tetap (mempunyai alasan tersendiri) yang mampu menjamin masa depan. Sebelum saya diterima bekerja di PNB, saya adalah seorang jurufoto perkahwinan sepenuh masa. Pelbagai halangan dan pengalaman telah saya lalui. Ada manis dan ada yang perit. Tetapi saya masih tetap berdiri dan meneruskan peluang pekerjaan ini untuk menampung kehidupan seharian. Secara jujur, saya seorang yang tidak tahu akan menyuruh pasangan pengantin melakukan aksi-aksi a.k.a posing (tradtional, candid, etc) dengan sebaiknya. Saya boleh melakukan tetapi tidak semahir jurufoto-jurufoto perkahwinan yang lain. Ini kerana saya seorang yang pendiam (senang cite, PR aku teruk). Saya mengembalikan keindahan seni fotografi perkahwinan saya dengan teknik-teknik ‘photojournalism’ yang kreatif (kreatif ke?, my own style la ye). Itulah kemahiran saya sebagai seorang jurufoto. Apabila bekerja di firma tersebut, adakah saya masih mempunyai masa untuk melakukan aktiviti fotografi perkahwinan? Jawapannya, saya tidak pasti kerana semasa saya ditemuduga para panel temuduga menyatakan kehidupan saya sebagai seorang jurufoto PNB adalah sangat sibuk kerana pelbagai majlis-majlis besar diadakan dan saya sentiasa ‘travel’. Namun, saya masih berharap untuk mempunyai masa untuk melakukan fotografi perkahwinan di masa akan datang dengan idea-idea teknik fotografi yang lebih menarik.
*Terima kasih kepada pasangan pengantin yang pernah memberi peluang saya sebagai jurufoto majlis perkahwinan mereka*

Berikut adalah tawaran yang diberikan.
Tips/Nasihat:
- Sentiasa merendah diri dimana sahaja kerana kita tidak tahu dengan siapa kita akan berjumpa, sesungguhnya berbuat baik akan dibalas baik. Contohnya, saya mengenali Ahmad Sabqi Ismail melalui sebuah majlis perkahwinan rakannya dimana ketika itu saya dan Ahmad Sabqi merupakan jurofoto perkahwinan di sebuah majlis perkahwinan yang sama. Saya berkenal-kenalan dengan beliau. Suatu hari, Ahmad Sabqi menolong saya dengan memberi lubang pekerjaan seperti yang tertera di atas. Kalau tidak kerana dia, sudah tentu saya tidak mendapat jawatan tersebut.
- Buat gambar cantik-cantik, confirm dapat kerja photographer! Walaupun anda tidak mempunyai sebarang kelayakan akademik dalam fotografi dan PR yang teruk (aku la tu) tetapi hasil kerja itu adalah kelayakan anda yang sebenar yang menilai kemampuan anda bekerja serta mampu mengatasi kelemahan PR anda, hahahahaha.. Hasil kerja anda mewakili anda untuk bersuara!! (aku wat lawak buduh masa temuduga).


July 26, 2008 at 3:49 am
Entry yg berbaur sedih, ada terjumpa iklah BERNAMA, teringat kat ko dowh. Anyway, PNB bnyk agenda dan aktiviti luar bro. Insyallah, ada punya ujung² minggu yg free tuh.
TAHNIAH dapat kerja tu!
p/s: ada lubang² keje bgtau la ye ;p
July 26, 2008 at 5:18 pm
terima kasih..insyAllah ada lubang kerja, akan aku sampaikan. Ko wat apa skang nie?
July 27, 2008 at 3:13 am
congratz yew… (~.*)
July 27, 2008 at 2:53 pm
Congrates along..eh, tapi yang wedding tu jgn lah terakhir. nanti turn aku, aku nak kau yg amik gamba. wiiwts. kiki. ya?
July 27, 2008 at 3:53 pm
waaa… c0ngrats t0 U br0..!!!!
July 27, 2008 at 4:58 pm
yeah,kamon bebeh..
July 29, 2008 at 6:27 am
tahniah..moga terus sukses..
July 29, 2008 at 2:30 pm
thanks semua for supporting..
*nak gak aku jadi wedding photographer ko ke?*
July 30, 2008 at 3:40 pm
1 word — beautiful!
July 31, 2008 at 1:05 am
Tahniah..!
July 31, 2008 at 7:38 am
Tahniah..dpt gak akhirnya. memandangkan PNB pun hampir dgn ofis aku di KLCC..ko email la aku kalau ko turun klcc beb…
chot@gayaruangkepelbagaian.com
August 19, 2008 at 8:28 am
Dah lama tak ziarah…tahniah…tahniah!!…semoga dapat berkarya dgn lebih bak lagi dan menghasilkan kaya² yg superb
dah ada kat area kl bolehla p outing sesama kalau ada masa, insyaAllah