Biasa-biasa je..
September 30, 2008

Pix di hari terakhir berpuasa di Segamat.
Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Batin.
Praise Amanual Children House
September 21, 2008










Saya berpeluang mengikuti Shasha dan rakannya pergi ke sebuah rumah anak-anak yatim di Petaling Jaya untuk melihat mereka membuat kerja-kerja amal. Kali ini saya berpeluang melihat dari pelbagai sudut dari segi kehidupan anak-anak yatim dari bangsa dan agama yang berlainan. Sebelum ini saya hanya didedahkan dengan kehidupan anak-anak yatim beragama Islam dan di rumah anak-anak yatim ‘Praise Amanual Children House’, mereka kesemuanya beragama Kristian. Apabila menjejaki kaki kali pertama di rumah tersebut. Mereka semua menyambut kami dengan begitu mesra seolah-olah telah mengenali kami untuk tempoh yang agak lama. Ternyata mereka semua tidak berasa kekok dengan kehadiran kami dan perbezaan ini sangat ketara dengan rumah-rumah anak-anak yatim Islam. Disana saya agak kurang melayan kanak-kanak tersebut, walaupun begitu mereka tetap ingin mesra dengan saya. Disana juga mereka didedahkan dengan pertembungan 2 budaya iaitu budaya India dan Cina kerana penghuni rumah tersebut merupakan berbangsa India dan Cina sahaja. Apa yang menarik perhatian saya, kanak-kanak berbangsa Cina mahir bertutur dalam bahasa Tamil dan mereka tidak segan silu untuk menyanyikan sebuah lagu Tamil kepada kami berempat. Percaturan budaya membuatkan mereka dapat menguasai pelbagai bahasa terutama bahasa Inggeris, bahasa Malaysia, bahasa Tamil dan bahasa Cina (Mandarin) dengan mudah. Ada seorang kanak-kanak berbangsa Cina yang bernama Wei Loon ( Saya tidak pasti akan ejaan namanya), dia dapat menguasai 6 jenis bahasa dengan mudah. Ianya satu kelebihan bagi dia dan tidak terdapat pada mana-mana individu yang lain. Pelbagai aktiviti telah mereka ( 3 volunteers) anjurkan untuk memeriahkan keadaan. Mereka (Orphans) amat gembira sekali sehinggakan mereka beraksi tarian ’shuffle’ kepada kami. Kami pulang sebelum waktu berbuka puasa. Walaupun mereka beragama Kristian, mereka tetap menghormati kami yang sedang berpuasa. Sebuah pengalaman berharga buat diri saya.
Stock Photo for AMB Raya Ads.
September 18, 2008

Inilah hasil yang diguna pakai.
Semalam, AMB (Amanah Mutual Berhad) punya geng datang kat aku request buat stock photo untuk iklan/ advertising poster. Jadi kami berbincang apa konsep nak kena buat, jadi seorang daripada geng AMB iaitu Zoey mengatakan mereka menginginkan sebuah foto yang berkonsepkan ‘multiracial’ untuk isu raya. Pada mulanya aku bertanyakan nak tangkap gambar dimana? Dia orang nak tangkap gamba indoor je. Aku cadangkan pada dia orang tangkap gambar outdoor. Di luar bangunan PNB. Keesokkan harinya, aku bersama designer yang merangkap art director untuk memberi idea & mengarahkan model yang juga staff jabatan aku untuk kena berlakon. Setibanya di tempat yang dihajati, aku mendapati latar belakang di kawasan luar bangunan PNB tidak sesuai untuk konsep poster tersebut. Kami berfikir dimana harus kami untuk mengambil gambar dengan keadaan persekitaran yang menarik dan senang pergi. Salah seorang daripada model tersebut mencadangkan di KLCC Park. It was a good idea..cehh. Dengan panas terik, matahari mencanak atas kepala, kami teruskan juga dengan masing-masing yang agak keletihan. Stock photo kali ini agak senang sikit nak dihasilkan berbanding sebelum ini dan konsep kali ini berpandukan kepada idea yang telah dirancang cuma faktor keperluan lensa kamera (80-200mm f/2.8) memainkan peranan besar dalam menghasilkan foto tersebut kerana bagi aku, aku hanya lebih mempercayai kehebatan lensa Nikkor dapat menghasilkan kualiti yang terbaik. Walaupun di ofis aku menggunakan kamera Canon tetapi kualiti yang terhasil tidak dapat memberi kepuasan kepada aku. D300 gak yang jadi santapan harian aku.

Gambar sakan sebelum pulang ke ofis. Hohohoho
Peringatan di bulan Ramadhan.
September 15, 2008

Me with Corporate Communication Staffs. (Thanks Abg. Zaidi for this photo)

Apabila menghadiri sebuah majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim yang terpilih anjuran PNB. Aku dapat melihat pelbagai karekter sebenar kehidupan seorang anak-anak yatim dari segi umur dan cara kehidupan mereka. Walaupun sebelum ini aku pernah pergi sebuah rumah anak yatim di Chenderung Balai, Perak. Tetapi dimalam tersebut, aku telah mendapat sebuah pengajaran yang cukup berharga daripada seorang pekerja PNB. Ada antara mereka ditempatkan di rumah anak-anak yatim dalam keadaan serba mewah dan sederhana. Kebanyakkan mereka cukup mewah dengan sumbangan yang diberikan. Aku berbual dengan pekerja-pekerja PNB mengatakan mereka cukup mewah dengan apa yang mereka dapat sedangkan aku sendiri pun tak mampu untuk membeli dengan apa yang mereka miliki. Tetapi kata-kata keluar dari pekerja PNB tersebut menyedarkan aku kalau aku diberi pilihan samada untuk aku memilih kesenangan atau kasih sayang daripada ibu bapa sendiri. Dari situ aku mula berfikir secara mendalam dan amat bersyukur sekali yang aku masih mempunyai ibu bapa. Dapat menikmati kasih sayang daripada mereka dan aku sentiasa berdoa untuk kesejahteraan mereka berdua. Aminnn…
Stock Photo for ASD Raya Ads.
September 15, 2008


Pre-shooting.
Lama betul tak update blog nie, agak sibuk dengan tugas. Kalau ada waktu ‘free’ pun, dihabiskan dengan aktiviti tidur je. Letih bila bekerja dengan orang. Kena fokus dengan tugasan yang diberi. Hasil tugasan pun turun naik je. Hari-hari buat benda yang sama. Hmm.. senang cite, aku membeku. Hahahahaha. Hari ini baru ada tugasan ‘luar biasa’. Hahahaha.. Kena buat satu foto untuk iklan Amanah Saham Didik untuk isu raya. Sebenarnya ‘designer’ yang ditugaskan ingin mendapatkan sebuah foto untuk kegunaannya malangnya foto tersebut boleh dimiliki dengan harga RM9++. Amacam? Jual gambar boleh kaya wei.. Banyak karenah kalau dapatkan sebuah foto tersebut. Maksud saya, kena melalui banyak pihak di dalam syarikat untuk mendapat kelulusan membeli foto tersebut dan ianya mengambil masa. Disebabkan untuk menghasilkan sebuah iklan/ advertising dengan segera, dia telah menggunakan aku untuk menghasilkan sebuah ’stock photo’ tanpa perlu kena bayar. Nak juga aku caj kat dia satu keping RM9++. Hahahaha.. Takpa la.. At least, aku blaja sesuatu yang baru daripada snap benda yang sama je.


Antara hasil yang aku suka.
Agak susah sebenarnya nak menghasilkan sebuah hasil yang menarik mengikut idea asal. Paling susah sekali ialah untuk ‘menjinakkan’ budak-budak kecik ni. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa perit aku nak snap foto-foto budak-budak kecik nie. Ditambah dengan kelincahan budak-budak kecik, sabar aje la. Dah la demam + puasa + panas + kelincahan (tak boleh duduk diam) budak-budak kecik membuatkan aku sampai ofis terus pegi jumpa doktor, amik MC. Walaupun idea yang telah dirancang berpandukan imej yang dimahukan tetapi idea yang datang secara tiba-tiba lebih membuahkan hasil dengan aksi-aksi candid budak-budak kecik tersebut. Idea asal memang tak mendatangkan hasil. Hancur lebur…. Sebuah pengalaman berharga untuk sesi shooting. Letih wei..
Ramadhan Commercial.
September 3, 2008

Hahahahahahaha…
51st Merdeka Parades.
September 1, 2008




Tak berapa nak “parade” la untuk aku.. takda best pix.

Cantik kan gadis-gadis dari PNB…Hehehehe

