Hockey | TNB vs Sapura

October 31, 2008

1-1

Inilah kali pertama aku terlibat dalam fotografi sukan padang. Dengan berbekalkan Canon 40D + EF 70-200mm F/2.8 L yang diberi pinjam oleh rakan sekerja aku, Iskandar Rashdan yang sememangnya memberi aku peluang untuk menimba pengalaman dalam dunia sukan hoki. Walaupun sebenarnya aku memang tidak tahu langsung pasal sukan hoki tetapi aku cuba mendapatkan sebuah aksi yang menarik untuk dipaparkan.

Iskandar Rashdan yang juga merupakan pengadil perlawanan tersebut.

*Dalam kepala aku cuma asyik berfikir, “macam mana Zainal buat gambar sports…”*

Ketika aku sedang menunggu lif, dengan segera aku memetik merakam detik manis ini.

Ketika sedang bosan menikmati minum petang, bunga di atas meja menjadi tempat aku melepaskan segala kebosanan.

Inilah hasil pertama aku dalam menghasilkan macro dengan mengaplikasikan teknik ‘reverse lens’. Menarik ke?

Deepavali by AS.

October 27, 2008

Lama gila tak pergi buat gambar. Aku semakin ghairah menunggu ketibaan Deepavali untuk beraksi. Sejak bekerja dengan orang, aku sudah tidak mempunyai masa untuk meluangkan waktu untuk menhasilkan karya-karya. Apabila hari Deepavali tiba, aku bagaikan seorang ‘pure photojournalist’..hahaha. Pukul 8 pagi, aku sudah keluar dari rumah untuk menghasilkan karya. Dalam keadaan yang tidak ada tujuan, aku melangkah ke Brickfields kerana disana aku mendapati terdapat komuniti India yang besar. Akhirnya aku menjumpaii sebuah kuil dan malangnya aku tidak boleh mengambil gambar di dalamnya. Kuil tersebut begitu klasik dengan seni ukiran pada kuil tersebut. Namun, aku berjaya mengambil beberapa keping gambar melalui celah tingkap-tingkap kecil kuil tersebut. Aku bertanyakan kepada seorang lelaki berbangsa India untuk kuil-kuil yang terdapat di Kuala Lumpur.  Beliau memberitahu aku terdapat 2 kuil yang terkenal kat KL nie. Kat area Petaling Street dan Jalan Pudu. Aku bergegas ke Petaling Street. Apabila tiba di kuil kat Jalan Tun HS Lee (aku tak taw nama kuil tersebut), meriah gila. Mula-mula macam takut gak nak masuk, yelah disebabkan kes kat Brickfields tu. Aku tanya gak la brader2 India yang menjaja ke tepi-tepi kuil tersebut, “boleh masuk”.. kata brader tersebut. Aku masuk je. Pelancong dan media sibuk menjalankan tugas. Joanna Bessey pun ada. Pusing-pusing ketika amik gambar, terjumpa plak CM sedang sibuk tangkap gambar. Tegur CM jap dan lepak-lepak jap ngan dia. Aku memberitahu dia terdapat satu kuil kat Jalan Pudu (depan puduraya). Setelah sampai disana bersama CM, terus tak jadi amik gambar. Sesak gila dan kuilnya sempit. Last2, aku memutuskan untuk pergi ke Batu Caves. Sampai disana, meriah sungguh… tapi aku sangap kepenatan mendaki tangga.. abis tangkap gambar, pergi ofis dalam pukul 3.30, kasi edit gambar then abis edit, gi layan Meet Joe Black kat warung mamak sambil pekena nasi goreng.. Letih sambil melekit-lekit itu peluh kat badan..Hohohoho.

Goodbye Sara…

October 20, 2008

Al-Fatihah to Wan Maisara Amirah bt Wan Abd.Aziz

1988-2008

Sebuah ‘entry’ untuk rakan saya yang baru sahaja meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada 19 Oktober 2008 pada jam 9.15 malam. Saya mendapat tahu berita ini daripada Flickr Razak Latif. Razak mendapat tahu daripada rakan Sara iaitu Safuraa Razak yang juga merupakan rakan kami. Apabila saya mendapat berita sedih ini ketika saya sedang bekerja, wajah air muka saya terus berubah dan kaku sambil cuba menerima kenyataan bahawa beliau sudah pergi menemui Allah yang maha Esa. Kali terakhir saya pernah berbual dengan beliau melalui YM dan beliau ada mengatakan kepada saya yang beliau menghidapi kanser paru-paru. Sedangkan saya beranggapan ianya sebagai gurauan. Saya tidak menyangkai apa yang dikatakan oleh beliau memang benar sekali. Saya kehilangan seorang rakan yang amat disanjungi. Saya mengenali beliau melalui sebuah pameran Rantai 2007. Ketika itu, saya terlibat dalam pameran fotografi dan beliau turut menyertai pameran fotografi bersama rakan-rakan saya yang lain termasuk Razak Latif. Sebelum saya mengenali diri Sara, saya sudah mengagumi hasil kerjanya dengan buat kali pertama saya melihat, dalam hati saya mengatakan beliau seorang cukup berbakat. Akhirnya saya bertemu juga dengan tuan punya hasil kerja tersebut dan cuba mengenali beliau dengan lebih rapat. Beliau seorang yang amat mesra, rendah diri walaupun beliau datang dari golongan berada dan ini membuatkan semua orang berasa selesa mendekati beliau. Saya sentiasa mengingati memori bersamanya walaupun bersama dengan beliau dalam masa yang singkat sampai bila-bila. Semuga beliau ditempatkan digolongan orang-orang yang benar.. Al-Fatihah..

*Ketika mendengar sebuah lagu dari Asobi Seksu-Happy, saya dapat merasai waktu saya pertama kali berkenalan dengan beliau*

Blue from Nikon D70s

October 15, 2008

I am really admired blue colors from my Nikon D70s. The blue colors are really different from my Nikon D300. It’s a truly Nikon original colors but the color modes in D300 are getting to makes Nikon moving forward and i still loves the old Nikon colors.

Self Potrait taken at PNB Darby Park.

Keratan akhbar dari The Star dan hasil foto yang aku ambil digunakan untuk iklan raya AMB.

Foto asal

Gembira apabila aku melihat hasil kerja aku tersiar di beberapa akhbar tempatan. Bangga pun ada gak..hehehe. Syukur Alhamdulillah. Walaupun aku tiada pengalaman dalam bidang commercial  nie tetapi  aku cuba la berdasarkan ilmu dan pengalaman sepanjang aku terlibat dalam dunia fotografi. Aku tak tau la pandangan pro commercial photographer yang lain tapi inilah yang aku termampu dengan peralatan Nikon D300 + Nikkor AF 80-200mm ED /2.8 + Nikon Speedlight SB600. Tanpa set-set studio lighting serta pencahayaan hanya dari sumber cahaya matahari dan dari Nikon Speedlight SB600. Memang D.I.Y la hasil kerja ni. Hahahaha… Next entry, result iklan raya dari PNB dan ASD.

Kaki Pancing

October 4, 2008

Sebelum aku pulang ke Kuala Lumpur, aku cuba bersiar-siar dengan harapan ada la subjek untuk aku membuat senaman mata. Aku kembali dimana tempat aku selalu mengambil gambar, terutama disekitar kolam terbiar tersebut. Akhirnya aku mendapati sepasang kanak-kanak sedang memancing dan aku pula menghampiri mereka berdua dan fokus kepada abangnya. Kanak-kanak tersebut menghiraukan kehadiran aku dan ini membuatkan aku rasa selesa untuk fokus mengambil gambar dia. Dalam senaman mata kali ini, buat pertama kali kesemua gambar yang aku letak adalah 100% tanpa ‘crop’. Kebiasaanya hasil gambar yang aku ambil akan diteliti semula aku untuk proses ‘final’. Sememangnya akan kena ‘crop’ untuk ‘framing’ yang cantik. Satu latihan yang berguna aku untuk kali ini.