Prof. Datuk Khoo Kay Kim
February 27, 2009




Semalam, aku ditugaskan untuk mengambil gambar temuramah bersama Prof. Datuk Khoo Kay Kim. Setibanya disana, aku ingat reporter dah sampai, rupanya aku orang pertama yang sampai dengan prof pun takda. Tunggu punya tunggu, prof sampai dan mempersilakan aku ke bilik rehat. Nak temuramah dalam bilik dia, macam stor. So, aku fikir-fikir baik temuramah kat bilik rehat. Ruang pun luas dan simple aje.. Ketika aku dengan prof menunggu si gadis reporter yang cantik itu, aku sempat bertanyakan kepada prof.
Aku : Prof, biasanya kalau prof kena interview ada macam gaya Anwar Ibrahim, ada angkat tangan macam dia?
Prof : Oh.. itu orang sangat teruk.
Aku : Yeke? (dalam hati aku, aku pun tak tau apa dia maksudkan tu)
Reporter aku dah sampai. Mari memulakan kerja! Yehaaaa!!
Signs are everywhere Part II
February 23, 2009


Anwar Ibrahim berucap sempena perasmian bangunan baru 4 tingkat SJK Sin Ming oleh Tan Sri Khalid Ibrahim di Puchong.
Kali ini aku sambung mengenai ‘petunjuk ada dimana-mana sahaja’ dan aku dapat satu assignment kat Puchong. So, aku kena pergi satu sekolah cina yang terletak di Taman Desa Ayer Hitam. Sebelum pergi, Ian Ahmad ada bagi peta untuk aku pergi ke sana tetapi peta tu cuma separuh jalan untuk aku sampai ke destinasi tersebut. Dalam keadaan hujan lebat, aku redah gak dengan moto rempit Honda Wave aku nie. Aku ikut je peta yang Ian bagi tu, dah sampai penghujung peta, memang separuh jalan la. Aku blur gila. Risau gak sebab assignment start pukul 3 dan aku masih mencari-cari jalan nak ke sana. Dan aku perasan ada sebuah kereta Skuad Cakna yang bersinar-sinar sambil berlegar-legar kat area yang aku sampai. So, aku perasan itu adalah pentunjuk aku dan aku ikut je la kereta Skuad Cakna tu. Semasa dalam perjalanan, aku tak berapa yakin sangat nak ikut kereta tu takut kang assignment lain plak yang aku pergi. Aku perasan lagi seorang penjual kelapa di tepi jalan. Naluri aku mengatakan aku patut berhenti dan bertanyakan kepada pejual kelapa tu. Akhirnya laluan yang aku lalu tu memang betul seperti apa yang dikatakan oleh penjual kelapa tu. Lega gila. Dah la tempat assignment ceruk gila.. Hehehehe.. Sampai sana, aku perasan geng Skuad Cakna ada kat sana. Tapi aku tak perasan keretanya..
KL vs Selangor
February 21, 2009




KL (0) vs Selangor (1)

Gadis yang bersahaja shoot bola dengan Nikon D60 (aku rasa D60 @ D40X) dengan 18-55mm. Amacam?
Ini kali pertama aku shoot bola. Memang meriah. Lagi best shoot bola dari shoot hoki. Banyak yang aku pelajari. Kali ini aku cuma berbekalkan Canon 5D + Tamron 200-400mm F/5.6 (AF slow gila).
A Long Time Ago..
February 20, 2009
Korek-korek dalam hard disk, jumpa video lama. Enjoy!
Daulat Tuanku!
February 20, 2009





Perhimpunan Menjunjung Setia Daulat Tuanku di PWTC.
Bad Diary Day!
February 18, 2009
Semalam merupakan hari malang bagi aku :
- Aku gagal buat assignment Elizabeth Wong. Kalau aku berjaya, dah jadi 2nd frontpage dari aku. So, semua orang kecewa dengan aku dan aku kecewa dengan diri aku.. Arghhhh! Gagal! Banyak perkara yang belajar dari kesilapan. Next time kena balas dendam!
- Lens 50mm f/1.8 aku hancur. Jatuh punya pasal. Terbelah dua!
- Handphone aku hilang, handphone hilang takpa. Yang paling sedih semua, aku lost contact semua nombor yang ada.
Dugaan kehidupan!
Le Tour De Langkawi 2009
February 15, 2009

Cyclist cycle past Malaysia’s Petronas Twin Tower during the seventh stage the Tour De Langkawi in Kuala Lumpur, Malaysia, 15 February 2009. A total of 160 cyclists from 20 teams were to conclude the race in the Kuala Lumpur Criterium, covering 80.4Km and ending up in the city’s independence square. EPA/Stringer.
My 1st Frontpage!
February 13, 2009

Sorry la, takde scanner. Pakai kamera je. Hehehe

Foto sebenar
Susah gila sebenarnya nak shoot dalam hospital. Hari tu memang aku bernasib baik. Memang aku scoop semua orang. Banyak yang aku pelajari ketika hadapi situasi macam ni. Yang penting sekali, kena tenang dan cool. Anyway, its a good achievement to me since i’ve join NSTP from 12th January 2009.

