Olahraga | Mini Olimpik
July 31, 2009




Hari ini memang teruk sekali untuk aku cover olahraga mini olimpik dengan pengurusan olahraga mini olimpik yang tak bersiap sedia + masalah teknikal dan juga jurnalis aku kali pertama yang cover olahraga. Memang hancur la.. dengan aku tak tau nak shoot apa kerana aku shoot berdasarkan story yang bakal diaorang buat dan jurnalis aku pun tak tau nak buat story apa. Last minute untuk 1st day olahraga dah nak abis, jurnalis tanya aku, “ada gambar atlit nie?” Dalam hati aku, WTF! Aku pun shoot memain je dan ntah mana-mana atlit aku shoot je. 1st day memang teruk gila… Hopefully esoknya semuanya ok!
Archery | Mini Olimpik
July 29, 2009


Day 1
Ini kali pertama aku tangkap gambar sukan memanah.. bosan gak tapi aku layankan sebab nak cari pengalaman. Thanks Mr. Khalid Redza who encouraging me to shoot sports photography..


Day 2
Bosan!
Selangor vs Pahang
July 25, 2009




Akhirnya body 5D aku sudah kembali dan aku boleh beraksi semula. Thanks Osman Adnan and Mohd Affendy for helping this assignment. Kerjasama memang memudahkan untuk menghasilkan yang terbaik. Tak perlu kusut nak kejar sana sini. Anyway, i am very happy that i am still shooting with my precious 5D again..
Kisah Satu Malam!
July 21, 2009

Manchester United vs Malaysia Part II
Aku dapat cover MU vs M’sia 2nd match tapi aku sampai lambat la coz lens 300mm tertinggal kat ofis..kena gi ofis. Sampai kat stadium, aku malas nak buat gambar action sangat cuma aku lebih beri tumpuan pada crowd MU untuk human interest. Lepas selesai je game, aku dan Razak Latif bergegas nak balik umah naik moto aku. Sampai kat moto, karburator moto buat hal dan menyebabkan seluruh tangki minyak kekeringan akibat kebocoran di karburator. Aku dah panik, nak balik umah macam mana nie dengan nak bawa Ajak sekali.. aku teringat Osman Adnan yang masih ada kat stadium dan call dia minta tolong untuk pinjam moto pergi beli minyak. Pergi beli minyak dan isi minyak, kebocoran tetap berlaku juga. Aku terpaksa tolak moto ke Sri Petaling nak pergi ke stesen minyak dan Ajak kena pikul 2 lens 300mm. Sungguh kesian kami berdua dan dalam masa yang sama, datang seorang hamba Allah yang menawarkan pertolongan untuk menolak moto aku dengan menggunakan moto dia coz nak menolak ke Sri Petaling dari Bukit Jalil agak jauh juga ditambah esok pagi aku ada kursus memang confirm meletihkan. Aku macam tak mau pertolongan dia sebab dia nak menolak moto aku dan aku kena pergi seorang je. Dalam kepala aku, kang tak pasal-pasal kena paw tengah-tengah malam. Aku pandang muka Ajak, angkat-angkat kening sebagai tanda “macam mana?”. Brader tu tengok kami berdua seolah berbincang menggunakan tele-pati dan terus menawarkan Ajak untuk membonceng dia dan dia menolak moto aku bersama aku sekali. Aku ok je asalkan kami berdua ikut, kalau dia nak paw, kami berdua rasanya sempat nak beduk dengan monopod. Sampai kat stesen minyak di Sri Petaling, brader tu terus blah.. aku terpinga-pinga dan sempat mengucapkan terima kasih. Aku dan Ajak pulang ke rumah dengan moto yang kebocoran minyak petrol, memang rempit la aku tunggang sebelum minyak kekeringan dalam tangki di tengah jalan. Aku fikir-fikir apa la yang sedang berlaku malam nie dan hikmah yang kami berdua dapat.. Kalau nak kata aku syak wasangka kat brader, aku kena berwaspada gak, biasalah KL kan…. macam-macam drama emosi yang wujud. Tapi aku berterima kasih kat brader kerana ikhlas menolong kiteorang…. Kalau Ajak tak beria-ria nak ikut aku naik moto, macam mana la nasib aku ya..
Manchester United vs Malaysia
July 18, 2009








Aku tak berpuas hati dengan hasil kerja aku kali ini, macam-macam masalah datang dengan dapat assignment last minute, kena cover gimrama chap parang dan kamera 5D aku yang baru tukar sensor, shutter plak tamat tempoh. Nasib baik aku bawa 2nd body, itu pun aku pinjam kamera Osman Adnan. Untuk masa pertama, pelbagai masalah datang.. aku cuma kena tenang je sampaikan aku nak shoot tak boleh disebabkan aperture body 20D tak dapat berfungsi dengan 300mm f/2.8 dan syukur masa kedua semuanya ok. Aku agak kecewa tak dapat shoot menggunakan body 5D… untuk next 2nd match, aku masih shoot menggunakan body 20D..

Sorry ya Ajak, aku curi pix nie…
Squash
July 17, 2009

Peace of Mind
July 16, 2009

Malaysia vs Zimbabwe
July 14, 2009



Malaysia + Zimbabwe = Lembu
Aku tension shoot game nie bola coz Malaysia betul-betul main playsafe so aku takde gamba yang best. Zimbabwe plak, betul-betul buat kelakar.. Kamera 5D aku udah uzur dibelasah buat sport.. hmmmm aku rasa perlukan sebuah body baru untuk ganti 5D yang selalu digunakan tanpa henti, aku ingin mencari 1D mark II.

