Aidil, 50mm, Morib & 17mm.

December 18, 2008

aidil

aidil02

Aku sangat suka dengan gambar nie.. Sebelum aku pulang ke KL, jumpa kawan lama kat Banting.

img_98691

img_9951

img_99491

Tempat ni kat Morib.. Aku tak tau nama tempat nie. Memang nice dan ‘rare’.. Orang kampung pun friendly. Nak datang lagi sekali.

Pada sebelah malamnya, saya dan Razak pergi ke Restoran Subaidah dimana tempat kami akan bertemu dengan jurugambar Melaka. Saya mengambil kesempatan untuk bersemuka dengan mereka sewaktu saya berada di Melaka. Antara yang hadir, Ciput dan isteri, Matqi Satria, Hellomaker, Mozabas dan tunang dan saya lupa nama seorang jurugambar nie (pakai cap Nikon). Saya tidak banyak berbual kerana PR saya agak teruk.. hehehehe. Namun, Razak menjadi subjek utama pada malam tersebut kerana dia adalah seorang jurugambar yang hebat bagi dikalangan mereka-mereka yang hadir. Banyak perbualan yang kami memperbincangkan dan sememangnya mereka amat mesra antara satu sama lain. Ini membuatkan semuanya berjalan dengan lancar. Perbincangan ini berakhir pada hampir pukul 12.30 pagi. Sebuah pengalaman yang berharga buat diri saya.

2nd Syawal Stories.

October 15, 2007

Hari Raya ke-2, saya ke Melaka untuk berjumpa dengan Razak Latif. Saya bergerak dari rumah pukul 8.30 pagi dengan menaiki motosikal. Apabila sampai di Tangkak, saya menelefon Razak untuk bertanyakan dimana sepatutnya saya berjumpa dengan dia dan dia mengatakan dia sedang berada di Johor Baharu bersama gadisnya. Dia fikir ingin mengambil saya dari rumah dan kami tidak merancang untuk pergi ke Melaka cuma berkata saya akan datang ke Melaka pada hari raya kedua. Saya tetap meneruskan perjalanan. Setibanya di Melaka, Razak menyuruh saya mengambil gambar sekitar Melaka sementara menunggu dia pulang ke Melaka. Saya pun bergegas ke bangunan merah Belanda. Saya tidak tahu akan nama bangunan tersebut. Saya memulakan “street shooting” di sekitar kawasan tersebut. Saya merayau-rayau di bukit St.Paul, A Famosa, Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade. Saya cuma tertarik untuk mengambil foto dengan lebih banyak di kawasan bangunan merah kerana ketika itu pelancong begitu ramai terutama bangsa Cina. Banyak subjek yang menarik boleh didapati di kawasan tersebut. Saya mula fokus pada pelancong yang berada disitu untuk mengambil gambar. Hari itu memang sangat panas. Saya tetap bertahan untuk mengambil gambar dan memerhati gelagat orang ramai. Akhirnya, Razak pun sampai di Melaka sementara dia pulang ke rumah dan terus ke pejabatnya. Sementara saya masih berada disana, dia memberi satu tugasan “press” kepada saya buat kali pertama sebagai latihan saya. Saya terkejut dan berbesar hati untuk melakukan tugas tersebut. Razak menyuruh saya mengambil keadaan kenderaan yang sesak menunjukkan ramai pelancong melawat Melaka ketika hari raya kedua sebagai cuti umum bagi mereka. Saya cuba melakukan tugas tersebut dengan sebaik-baiknya. Saya mengambil beberapa “shot” dan cuba menghiraukan keadaan sekeliling semata-mata untuk mendapatkan foto yang terbaik. Ramai orang memerhatikan gelagat saya. Berada di tengah-tengah jalan ketika kenderaan yang banyak sedang bergerak. Saya tidak mempedulikan keselamatan dan cuba buat yang terbaik untuk tugasan pertama saya. Setelah siap, saya kembali ke pejabat Kosmo Melaka untuk berjumpa dengan Razak dan menunjukkan hasil-hasil foto tersebut. Kami berjumpa dan berbual dengan suka hati. Foto tersebut akan digunakan untuk surat khabar pada keesokannya harinya. Saya tidak kisah Razak menggunakan namanya untuk foto tersebut. Saya faham akan sebab-sebabnya. Kami berbual mengenai “photojournalism dan sikap jurugambar ketika ini”. Itulah perbualan hangat kami.  Saya melihat hasil-hasil foto Razak dan sememangnya dia memang hebat dalam dunia photojournalism. Saya amat mengaguminya. Dia berpesan kepada saya supaya berdiri di atas tapak sendiri dan pelbagai pesanan yang berharga dari beliau amat berharga buat diri saya. Saya merasa insaf ketika berbual mengenai dunia fotografi. Saya dapat melihat foto-foto beliau sewaktu beliau belajar. Saya dapat merasai segala memori yang berada di dalam foto-foto tersebut dan memahami proses-proses kematangan beliau dalam dunia fotografi. Akhirnya saya tahu langit itu tinggi dan bumi itu rendah. Rendahnya diri saya ketika itu. Saya perlu belajar dari asas. Saya ternganga apabila beliau bertanyakan soalan bodoh kepada saya mengenai “focus point”. Dari situ saya mula sedar, “foto yang hebat tidak berguna sekiranya tidak tahu akan asas-asas dalam fotografi”. Kebanyakkan jurugambar yang hebat dan ternama masa kini hasil fotonya memang hebat tetapi kebanyakkannya tidak tahu akan asas-asas fotografi. Tetapi saya tidak mahu jadi begitu. Biarlah saya tidak terkenal tetapi dalam masa yang masa dapat menghasilkan sebuah foto yang hebat dan mengetahui akan asas-asas fotografi. Saya nekad untuk mengambil sijil fotografi pada tahun hadapan di IKBN Peretak di mana sebuah tempat beliau belajar dahulu. Walaupun umur sudah lewat untuk belajar tetapi demi masa depan saya, saya akan melakukan pergorbanan untuk berjaya. Saya ingin bermula dari bawah. Sebenarnya bila foto kita sudah hebat, kita akan mula merasakan diri kita hebat dan takbur. Saya merupakan golongan-golongan tersebut dan ketika bersama Razak, saya mulai insaf dengan sikap diri saya. Saya harus berusaha untuk memajukan teknik fotografi saya. Banyak perbincangan yang berlaku antara kami berdua. Ini adalah pengalaman berharga ketika bersama dengan Razak Latif.

1st Syawal.

October 13, 2007

Hari Raya kali ini sungguh bermakna buat diri saya. Walaupun persiapan secara sederhana untuk diri saya tetapi keharmonian dikalangan ahli keluarga dan semua saudara membuatkan saya lebih menghargai nilai sebenar erti kekeluargaan. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!