I just got a new job!!!
October 25, 2007

Pada pagi Rabu, 25 Oktober 2007. Saya telah memohon satu peluang kerja sebagai jurugambar bebas di Jobsdb.com di MumCentre.com.my. Selepas menghantar permohonan melalui email, akhirnya saya mendapat respon yang begitu cepat daripada pihak syarikat tersebut. Elizabeth Thang merupakan pihak atasan yang menerima saya bekerja dan beliau berminat dengan latar belakang saya. Saya berinteraksi dengan beliau melalui email dan beliau menyatakan dalam email supaya menelefon beliau untuk tugas yang akan datang. Rupa-rupanya beliau seorang wanita Kaukasia. Ini kali kedua saya berbual secara personal dalam English dan sebelum ini saya mempunyai seorang kekasih dari Amerika serta dari situ saya mula mempunyai keyakinan untuk berbual dalam English. Saya akui, saya lebih suka berbual dengan orang-orang Kaukasia kerana percakapan mereka mudah difahami berbanding dengan bangsa lain jika bertutur dalam English. Tugas saya hanyalah untuk mengambil foto-foto ketika acara berjalan. Selepas itu foto tersebut akan di muat naik ke dalam server MumCentre.com.my untuk web gallery. Walaupun bayarannya cuma RM100 untuk satu acara dan mengambil masa antara 1 hingga 2 jam. Tetapi saya tidak kisah kerana saya ingin menimba pengalaman dan saya merasakan ini satu permulaan yang baik buat diri saya. Dengan persekitaran kerja yang membolehkan saya bertutur dalam English secara keseluruhannya, membolehkan saya memantapkan perbualan saya dalam English dan sedikit sebanyak membantu diri saya membina keyakinan diri sendiri.

