Pusara Abah
September 20, 2009


Ini kali pertama meraikan Aidilfitri tanpa abah.
Selamat Hari Raya!!
September 15, 2009

Selamat Hari Raya daripada Aizuddin Saad (dua dari kiri) yang hitam itu emas. Turut menjayakan sesi bergambar, Samsul Said from Sinar Harian (left), Farizwan from Utusan Malaysia (two from left) and Mazlan Samion from BERNAMA (right).
Emak & Abah
August 28, 2009

Selamat Tinggal Abah!
August 23, 2009

Agak lambat untuk aku bercerita mengenai pemergian abah dan aku berterima kasih kepada sesiapa yang sudi mengambil berat akan di waktu-waktu aku bersedih. Abah aku, Saad Ali telah meninggal dunia pada 11.50 pm, 15 Ogos 2009 akibat kegagalan buah pinggang berfungsi. Ketika aku baru sahaja selesai mengambil gambar perasmian KL Asean Paralimpik 2009 di Stadium Putra. Aku agak terkilan tidak dapat menatap wajah abah sebelum dia pergi buat selamanya. Terima kasih kepada Azman Firdaus yang berada bersama dengan aku sambil menenangkan aku yang menangis tak ingat dunia. Aku rasa bersyukur sekali mempunyai seorang abah yang memahami kehendak anak-anaknya. Walaupun aku tidak seperti orang lain yang memiliki ijazah mahupun diploma, abah tidak pernah hampa dengan kemampuan diri aku dalam akademik. Dia percaya yang aku boleh berjaya dengan usaha lain. Alhamdulillah aku mampu buat dia tersenyum lebar setiap kali dia melihat byline Aizuddin Saad tertera dalam Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times. Rasanya, usaha aku untuk membuat dia bangga dengan pencapaian anaknya sudah terhasil sedikit demi sedikit. Aku pernah bercerita dengan dia yang suatu hari nanti aku ingin menjadi seorang jurufoto yang berjaya bekerja dengan Reuters seperti Zainal Abd Halim dan aku sentiasa berusaha untuk menjadi seperti apa yang aku katakan pada dia. Ketika aku di Kuala Lumpur, dia selalu menelefon aku bertanyakan ‘hari ni tangkap gambar apa? ada masuk dalam surat khabar?”. Dalam 2-3 minggu sebelum dia meninggal dunia, dia kerap menelefon aku dan kadang-kadang waktu panggilan tidak menentu. Kadang-kadang juga aku rasa rimas dengan panggilan itu dengan membiarkan panggilan itu berdering begitu sahaja. Derhaka sungguh! Waktu aku mendapat tahu yang dia sudah meninggal dunia, waktu itu aku rasa sungguh menyesal dan terkilan dengan sikap aku. Kali ini tiada panggilan daripada dia buat selamanya untuk bertanyakan keadaan diri aku… Rindu sangat pada dia.
Al-Fatihah
Kejohanan Trek Kebangsaan Sirkit 1/09 Pelapis
April 12, 2009

Pelumba pasukan MSN, Mohd Hafiz Mohd Sufian mendahului pelumba pasukan Perak, Mohd Junaidi Mohd Nasir untuk acara 200 meter lelaki akhir 19 tahun ke atas dalam Kejohanan Trek Kebangsaan Sirkit 1/09 Pelapis MSN di Velodrome Cheras, Kuala Lumpur. Aizuddin Saad / News Straits Times Press.
Aku nak bercerita tentang kisah aku buat assignment acara berbasikal dalam trek. Di pagi Ahad, OC aku bagi assignment sport kerana budak-budak buat sport semua cover assignment lain dan aku terpaksa ganti tempat diaorang. Sebelum aku dapat assignment basikal nie, OC tanya aku pernah tangkap gambar lumba kuda? So, aku jawab la aku tak pernah. Walaupun aku tak pernah shoot tapi aku memang tak nak shoot lumba kuda coz alasan tempat judi la katakan walaupun sebelum ini beberapa OC pernah approach aku untuk suruh shoot lumba kuda tapi aku tak menunjuk minat untuk shoot lumba kuda nie. Jadi, OC suruh la aku shoot lumba basikal. Satu pengalaman baru bagi aku untuk shoot lumba basikal dalam trek. Nak dikatakan memang aku tak tau langsung pasal lumba basikal dalam trek a.k.a ZERO . Tapi OC ada la brief sikit-sikit pasal sukan ni. Sampai sana, aku memang blur gila. Dengan tak study apa-apa, aku dah blur nak shoot gambar, tak tau nak buat angle. Dengan kepanasan yang melampau, aku asyik menyumpah seranah je sebab aku tak tau nak shoot. Ketika sampai disana, ada seorang tegur aku. Aku tak tau namanya tapi dia tegur aku macam dah lama kenal. Siap tau nama aku lagi walaupun aku tak tau nama dia. Dipendekkan cerita, aku buka blog bernama Azhar A Rahim, aku perasan entry trek basikal. Rupanya brader yang kat velodrome tu. Aku dah la blur lagi-lagi disapa orang yang aku tak kenal dan buat-buat kenal aku, bertambah blur la aku. Aku shoot gambar basikal memang hancur.. Ada la 2-3 frame yang ok. Itu pun main hentam. Sampai di ofis, OC aku suruh Khaled Redza review kerja aku, dalam hati aku, mati la macam nie, semua gamba hancur.. Aku tunjuk la 2-3 tiga frame yang ok. Nasib baik dia macam tak bersungguh-sungguh layan aku. Kalau dia bersungguh-sungguh layan aku, mau kena ‘jerit’ dengan dia. Aku submit apa yang reporter mahu je. Tapi the best thing about this assignment, aku berjumpa dengan brader yang sebelum ini kenal dalam internet je dan aku tak terfikir untuk berjumpa dengan dia. Sebab dia pernah meluahkan perasaan dia pasal kehidupan dia bersama photography kat aku melalui email. Thanks ya Azhar A Rahim tegur aku dan bagi layanan mesra masa kat velodrome. Hehehehe.. Next time kita tangkap gambar sama-sama lagi.
UMNO 2009
March 30, 2009


Cari aku ya!

A member of Malaysia’s ruling United Malays National Organisation listens to speeches during its annual assembly in Kuala Lumpur March 29, 2009. THE NEW STRAITS TIMES/Aizuddin Saad
Aku sangat bersyukur dapat cover perhimpunan agung UMNO 2009 yang bersejarah bersama rakan-rakan yang lain. Pada mulanya aku memang tidak dapat cover UMNO diatas kegagalan assignment Elizabeth Wong dan bos pun tak ada kepercayaan kat aku lagi. Tapi, hari rabu aku off day, aku pergi ke sana untuk cuba membuat human interest. Aku sebenarnya memang tak tahu nak shoot apa pun waktu tu. Setelah sampai disana, aku cuba la shoot bape kerat gambar dan jumpa la kawan-kawan se-media. Aku jumpa staff aku, Rosela Ismail (photographer) dan Dayana (journalist), diaorang tanya aku buat apa kat sini, aku cakap la buat gambar. Rosela ‘encourage’ aku supaya apa yang aku shoot, pergi hantar pada bos atau OC (officer in charge). Rosela kata bos suka orang kerja waktu off day. Aku memang tak percaya apa yang dia cakap walaupun dalam hati aku, aku memang nak cuba hantar gambar tapi takut gila nak berdepan dengan bos. Hahahaha. Aku memberanikan diri cuba hantar gambar, salah seorang bos kecik aku, Tun Izhar tanya kat aku, ‘Ko wat apa kat sini’. Aku balas ‘ Saya buat gambar human interest’. Lepas upload dalam komputer, Diaorang bagi respon yang baik.
Esok pagi, rakan sekerja aku, Osman Jailani (Osman Adnan) call aku tengah sedap membuta. Dia kata ‘ Bos suruh datang PWTC sekarang juga!’. Menggelabah gila aku bangun dan terus pergi mandi. Aku macam tak percaya dipanggil untuk cover UMNO. Hari pertama, memang aku pulun abis buat human interest. Macam-macam patern aku belasah. Paling seronok aku jumpa media-media lain. Memang dalam satu keluarga yang besar. Buat kerja memang teamwork walaupun kadang-kadang terpaksa tolak antara satu sama lain untuk dapat gambar best kalau assignment PM dan menteri-menteri.
Jadual kerja aku di PWTC kena hadir pukul 7 pagi dan pulang pada pukul 12 tengah malam. Memang satu kejutan bagi aku dengan aku nie kalau kena mandi pagi-pagi buta, confirm selsema teruk. 2nd day, memang agak lemau untuk buat gambar sebab 1st day aku datang aku dah pulun abis. Jadi, gambar merapu banyak sangat la. 3rd day, hari terakhir untuk aku dan hari terkahir untuk perhimpunan agung UMNO. Badan aku dah mula-mula sakit macam nak demam. Aku fikir-fikir kalau aku mandi bertambah teruk la sakit tu datang sebab hari terakhir kena kerja gila-gila. Jadi aku tak mandi dan cuma gosok gigi, basuh muka dan amik air shower kasi tepek-tepek kat badan. Hari terakhir adalah ‘my glory day’. Banyak assignment aku dapat cover dengan jayanya. Walaupun aku dah mula kena demam yang agak teruk, apa yang aku fikir cuma nak deliver yang terbaik pada bos supaya aku dapat kembali kepercayaan dari bos aku. Lepas berhempas pulas satu hari suntuk buat gambar, kami (NSTP photographer) berkumpul dan tiba-tiba bos datang kat aku, dia hulur tangan untuk bersalaman dengan aku dan berkata pada aku ‘Good Job Din!’. Dalam hati aku, ‘Alhamdulillah’. Bila aku fikir-fikir balik salah satu faktor aku buat gambar dengan baik, aku memakai seluar ’slack’ yang fleksibel. Hahahahaha.. Senang untuk aku bergerak dengan pantas dibandingkan kalau pakai seluar jeans yang berat sambil terlondeh-londeh kalau aku pakai, boleh kangkang dengan luas dan pantas berlari seperti ‘The Flash’ untuk assignment tempur-tempur. Malam tu, aku kena demam sangat teruk sampai esok, aku kena amik MC. Ofismate semua kasi gelak sama aku. Baru 3 hari cover, dah tumbang… Hahahahaha..
Sebelum aku menghabiskan jurnal ini, Bazuki sempat menunjukkan draft portfolio ‘25 years of Bazuki Muhammad Photography’ dan draft ‘Kiter-Kiter’.
http://www.bazuki.com/KiterKiter/inside.pdf
http://www.bazuki.com/KiterKiter/cover-back.pdf
Aizuddin Saad
*korang mesti tanya mana gambar-gambar yang shoot untuk UMNO, so jawapan aku, semuanya dalam sistem dan yang original-nya telah di-delete oleh OC-OC aku.. dan aku sempat simpan pix terbaik (yang kat atas tu) kat dalam laptop Bazuki*
Signs are everywhere Part II
February 23, 2009


Anwar Ibrahim berucap sempena perasmian bangunan baru 4 tingkat SJK Sin Ming oleh Tan Sri Khalid Ibrahim di Puchong.
Kali ini aku sambung mengenai ‘petunjuk ada dimana-mana sahaja’ dan aku dapat satu assignment kat Puchong. So, aku kena pergi satu sekolah cina yang terletak di Taman Desa Ayer Hitam. Sebelum pergi, Ian Ahmad ada bagi peta untuk aku pergi ke sana tetapi peta tu cuma separuh jalan untuk aku sampai ke destinasi tersebut. Dalam keadaan hujan lebat, aku redah gak dengan moto rempit Honda Wave aku nie. Aku ikut je peta yang Ian bagi tu, dah sampai penghujung peta, memang separuh jalan la. Aku blur gila. Risau gak sebab assignment start pukul 3 dan aku masih mencari-cari jalan nak ke sana. Dan aku perasan ada sebuah kereta Skuad Cakna yang bersinar-sinar sambil berlegar-legar kat area yang aku sampai. So, aku perasan itu adalah pentunjuk aku dan aku ikut je la kereta Skuad Cakna tu. Semasa dalam perjalanan, aku tak berapa yakin sangat nak ikut kereta tu takut kang assignment lain plak yang aku pergi. Aku perasan lagi seorang penjual kelapa di tepi jalan. Naluri aku mengatakan aku patut berhenti dan bertanyakan kepada pejual kelapa tu. Akhirnya laluan yang aku lalu tu memang betul seperti apa yang dikatakan oleh penjual kelapa tu. Lega gila. Dah la tempat assignment ceruk gila.. Hehehehe.. Sampai sana, aku perasan geng Skuad Cakna ada kat sana. Tapi aku tak perasan keretanya..
A Long Time Ago..
February 20, 2009
Korek-korek dalam hard disk, jumpa video lama. Enjoy!

