Eid Al-Adha
December 8, 2008

Potrait of Muhammad Hassan



Muhammad Hassan, 25 years old is one of the Myanmarese immigrant workers in Malaysia works as a laborer at the tyre factory in Kajang. He has been working for almost 2 years in Malaysia. Hassan is from Rohingya ethnic people and being far from his family and homeland, Hassan celebrates Eid Adha alone in Malaysia.
*LastSham sibuk buat gamba korban, aku sibuk buat gamba mamat Myanmar, sebenarnya aku fobia dengan benda-benda ‘gore’ nie. Tadi pun masa nak sembelih lembu, aku macam dah nak pitam. Lagi-lagi dengar hembusan terakhir lembu-lembu sekalian, aku macam nak menjerit kegilaan.. Fobia la.. Ingat ari nie memang takde gambar, nasib baik ada la subjek yang aku boleh buat gamba. Hehehe..*
I’m an athlete
July 20, 2008
I’m not a loser, I’m an athlete too
Love this ads and give me an inspirations to achieve my dreams. I wouldn’t give up so easily. Practice makes perfect.
Thanks a lot!
Conversation | Beawiharta & Me.
January 15, 2008
It’s a good conversation between us. I wish i can learn something from him soon. I can’t wait go to Jakarta and make some photojournalism exercise but the worst at Jakarta are full with high crime scene..
Good advice from him
“one point interest. keep picture simple. simple is better”
but
“Not everybody like my style, even my editor sometimes dont like my style.”
that means every person with different opinion and style, no one can follow the same way. Just express yourself and I love the simple art in Beawiharta pictures.
Have Fun!
Aizuddin Saad & his mentor.
November 16, 2007

Pada kali ini saya dapat menghadiri satu photojournalism talk by Zainal Abd. Halim yang dianjurkan oleh KLflickr dan FMDC. Inilah kali pertama saya bertemu dengan idola dalam dunia fotografi saya. Walaupun sebelum ini saya hanya berpandukan hasil kerja beliau di dalam dunia internet untuk mempelajari dunia fotojurnalis, ternyata kali ini saya berpeluang untuk mempelajari daripada beliau secara “live”. Ada sesetengah perkara mengenai dunia fotojurnalis yang saya sudah pelajari daripada Razak Latif dan beberapa pelajaran baru daripada Abg. Zainal terutama “get closer to capture your subject”. Saya sudah mengaplikasikan teknik tersebut apabila saya melihat pertanyaan Syed Nasir kepada beliau tentang teknik tersebut dan saya mempelajari teknik tersebut daripada laman web Syed Nasir. Teknik yang digelar “Rules Of Thumb”. Saya rasa terharu kerana dapat berpeluang bergambar dengan beliau bagaikan seorang peminat perempuan Backstreet Boys yang cuba mendapatkan autograf. Hahahaha.. Dengan foto tersebut saya akan jadikan sebagai inspirasi saya untuk maju seperti beliau. Saya harus bekerja keras untuk mencapai matlamat saya.
*Photo by Syahrin Aziz*
Kesilapan mematangkan diri kita.
November 12, 2007
Saya yakin setiap seorang daripada kita mesti pernah membuat kesilapan dan dari kesilapan tersebut akan mengajar kita untuk lebih berhati-hati dan beringat. Akan tetapi, terpulang pada diri kita untuk menilai dan melihat kesilapan yang kita pernah buat. Sama ada mampu untuk menerima dan mahu memperbetulkan supaya tidak lagi membuat kesilapan yang sama. Saya sedar, seringkali saya tidak menyedari bahawa saya sering melakukan kesilapan. Apabila ditegur dan menerima akibat, barulah saya sedar akan kesilapan yang saya lakukan. Saya sentiasa melihat ke belakang apa yang pernah saya buat. Ini kerana saya mahu melihat perjalanan hidup saya dan kemajuan serta kesilapan yang pernah saya lakukan supaya di kemudian hari segala kesilapan yang pernah saya lakukan tidak akan berulang.
Jatuh & Bangun!
October 31, 2007

Saya sedar dimana semua orang disekeliling saya sudah berjaya dan saya masih merangkak-rangkak untuk mencari kejayaan tersebut. Saya sedar belum masanya rezeki untuk diri saya ini untuk maju ke hadapan. Namun saya masih berusaha untuk berjaya. Saya sedar, saya hanyalah seorang pemuda biasa yang tinggal di sebuah bandar kecil dan tidak pernah merantau serta menetap dimana-mana kawasan. Ibarat katak bawah tempurung. Saya banyak mengalami kegagalan untuk maju ke hadapan sehinggakan saya sendiri mengalami tekanan melihat kehidupan diri saya sendiri dan sehinggakan saya berfikir “Adakah Aku Seorang Loser?”. Tetapi saya tidak pernah berputus asa untuk meneruskan perjuangan dan matlamat yang ada di dalam diri saya. Sepanjang saya membesar, tiada sesiapa pernah menolong saya apabila saya mengharapkan bantuan mereka dan dari situlah saya berpegang pada prinsip tidak perlu mengharapkan sesiapa. Apabila saya mengharapkan sesiapa, semua perancangan akan terganggu dan melambatkan proses kerja-kerja saya. Dengan pengalaman yang perit dan memenatkan, saya lebih suka hidup tanpa menyusahkan sesiapa. Tanpa perlu ada perasaan terhutang budi. Walaupun ada beberapa orang telah menolong saya untuk maju ke hadapan tetapi saya tidak pernah melupakan orang-orang tersebut walaupun mereka menjadi musuh saya sekalipun. Jasa mereka saya tidak pernah saya lupakan sampai mati. Berbuat baik dibalas baik,berbuat jahat di balas jahat…. Saya ada matlamat hidup saya sendiri.. apa yang saya lakukan tidak perlu ambil tahu kerana saya tidak pernah untuk ambil tahu apa yang mereka buat. Saya jatuh dan bangun dengan sendirinya. Tidak perlu untuk mengharapkan simpati dari sesiapa.

