Last wedding photography? Mana ada..ada rezeki, pasti saya akan lakukannya..cuma masa yang menentukan segalanya..hehehe…

Sedikit hasil daripada majlis pernikahan Joe & Lin.

Saya amat bersyukur sekali kepada Allah S.W.T kerana telah memberi pintu rezeki untuk saya berhijrah dimana saya telah berjaya diterima bekerja di PNB, Kuala Lumpur sebagai jurufoto korporat. Sebelum ini, saya ada menyatakan pada ‘entry’ yang saya selesai menghadiri temuduga untuk kali-2 (final interview). Walaupun mengambil masa hampir 2 bulan untuk menunggu keputusan jawatan tersebut, saya tetap sabar menunggu dan dalam masa yang sama juga, saya turut menyiapkan segala hasil-hasil fotografi perkahwinan yang telah ditugaskan kepada saya. Memang niat saya untuk meninggalkan dunia fotografi perkahwinan dengan mencari sebuah pekerjaan tetap (mempunyai alasan tersendiri) yang mampu menjamin masa depan. Sebelum saya diterima bekerja di PNB, saya adalah seorang jurufoto perkahwinan sepenuh masa. Pelbagai halangan dan pengalaman telah saya lalui. Ada manis dan ada yang perit. Tetapi saya masih tetap berdiri dan meneruskan peluang pekerjaan ini untuk menampung kehidupan seharian. Secara jujur, saya seorang yang tidak tahu akan menyuruh pasangan pengantin melakukan aksi-aksi a.k.a posing (tradtional, candid, etc) dengan sebaiknya. Saya boleh melakukan tetapi tidak semahir jurufoto-jurufoto perkahwinan yang lain. Ini kerana saya seorang yang pendiam (senang cite, PR aku teruk). Saya mengembalikan keindahan seni fotografi perkahwinan saya dengan teknik-teknik ‘photojournalism’ yang kreatif (kreatif ke?, my own style la ye). Itulah kemahiran saya sebagai seorang jurufoto. Apabila bekerja di firma tersebut, adakah saya masih mempunyai masa untuk melakukan aktiviti fotografi perkahwinan? Jawapannya, saya tidak pasti kerana semasa saya ditemuduga para panel temuduga menyatakan kehidupan saya sebagai seorang jurufoto PNB adalah sangat sibuk kerana pelbagai majlis-majlis besar diadakan dan saya sentiasa ‘travel’. Namun, saya masih berharap untuk mempunyai masa untuk melakukan fotografi perkahwinan di masa akan datang dengan idea-idea teknik fotografi yang lebih menarik.

*Terima kasih kepada pasangan pengantin yang pernah memberi peluang saya sebagai jurufoto majlis perkahwinan mereka*

Berikut adalah tawaran yang diberikan.

Tips/Nasihat:

  • Sentiasa merendah diri dimana sahaja kerana kita tidak tahu dengan siapa kita akan berjumpa, sesungguhnya berbuat baik akan dibalas baik. Contohnya, saya mengenali Ahmad Sabqi Ismail melalui sebuah majlis perkahwinan rakannya dimana ketika itu saya dan Ahmad Sabqi merupakan jurofoto perkahwinan di sebuah majlis perkahwinan yang sama. Saya berkenal-kenalan dengan beliau. Suatu hari, Ahmad Sabqi menolong saya dengan memberi lubang pekerjaan seperti yang tertera di atas. Kalau tidak kerana dia, sudah tentu saya tidak mendapat jawatan tersebut.
  • Buat gambar cantik-cantik, confirm dapat kerja photographer! Walaupun anda tidak mempunyai sebarang kelayakan akademik dalam fotografi dan PR yang teruk (aku la tu) tetapi hasil kerja itu adalah kelayakan anda yang sebenar yang menilai kemampuan anda bekerja serta mampu mengatasi kelemahan PR anda, hahahahaha.. Hasil kerja anda mewakili anda untuk bersuara!! (aku wat lawak buduh masa temuduga).

My Favourite Snap. I love the chaos of this pix. Hehehe..

Saya sememangnya tidak selalu untuk “update” foto perkahwinan di blog ini kerana saya bukan seorang yang cukup bagus di dalam foto perkahwinan dan kebanyakkan foto-foto perkahwinan dari saya hanya biasa-biasa sahaja. Kali ini, saya ‘update’ kerana wajah pengantin perempuan tersebut terdapat sedikit persamaan dengan wajah rakan saya iaitu Shasha.

Selamat Pengantin Baru

30th March 2008 at Tangkak, Johor.

15th March 2008 , Kg. Awat, Segamat, Johor.

Wish you all always happy together!

More pics at here!

9th March 2008,  Chaah, Johor.

Semuga murah rezeki kamu berdua ye..

Kasi update sebentar lagi untuk dapat tahu nama pengantin perempuan nie.. kekekeke.