My last wedding photography?

•July 25, 2008 • 12 Comments

Sedikit hasil daripada majlis pernikahan Joe & Lin.

Saya amat bersyukur sekali kepada Allah S.W.T kerana telah memberi pintu rezeki untuk saya berhijrah dimana saya telah berjaya diterima bekerja di PNB, Kuala Lumpur sebagai jurufoto korporat. Sebelum ini, saya ada menyatakan pada ‘entry’ yang saya selesai menghadiri temuduga untuk kali-2 (final interview). Walaupun mengambil masa hampir 2 bulan untuk menunggu keputusan jawatan tersebut, saya tetap sabar menunggu dan dalam masa yang sama juga, saya turut menyiapkan segala hasil-hasil fotografi perkahwinan yang telah ditugaskan kepada saya. Memang niat saya untuk meninggalkan dunia fotografi perkahwinan dengan mencari sebuah pekerjaan tetap (mempunyai alasan tersendiri) yang mampu menjamin masa depan. Sebelum saya diterima bekerja di PNB, saya adalah seorang jurufoto perkahwinan sepenuh masa. Pelbagai halangan dan pengalaman telah saya lalui. Ada manis dan ada yang perit. Tetapi saya masih tetap berdiri dan meneruskan peluang pekerjaan ini untuk menampung kehidupan seharian. Secara jujur, saya seorang yang tidak tahu akan menyuruh pasangan pengantin melakukan aksi-aksi a.k.a posing (tradtional, candid, etc) dengan sebaiknya. Saya boleh melakukan tetapi tidak semahir jurufoto-jurufoto perkahwinan yang lain. Ini kerana saya seorang yang pendiam (senang cite, PR aku teruk). Saya mengembalikan keindahan seni fotografi perkahwinan saya dengan teknik-teknik ‘photojournalism’ yang kreatif (kreatif ke?, my own style la ye). Itulah kemahiran saya sebagai seorang jurufoto. Apabila bekerja di firma tersebut, adakah saya masih mempunyai masa untuk melakukan aktiviti fotografi perkahwinan? Jawapannya, saya tidak pasti kerana semasa saya ditemuduga para panel temuduga menyatakan kehidupan saya sebagai seorang jurufoto PNB adalah sangat sibuk kerana pelbagai majlis-majlis besar diadakan dan saya sentiasa ‘travel’. Namun, saya masih berharap untuk mempunyai masa untuk melakukan fotografi perkahwinan di masa akan datang dengan idea-idea teknik fotografi yang lebih menarik.

*Terima kasih kepada pasangan pengantin yang pernah memberi peluang saya sebagai jurufoto majlis perkahwinan mereka*

Berikut adalah tawaran yang diberikan.

Tips/Nasihat:

  • Sentiasa merendah diri dimana sahaja kerana kita tidak tahu dengan siapa kita akan berjumpa, sesungguhnya berbuat baik akan dibalas baik. Contohnya, saya mengenali Ahmad Sabqi Ismail melalui sebuah majlis perkahwinan rakannya dimana ketika itu saya dan Ahmad Sabqi merupakan jurofoto perkahwinan di sebuah majlis perkahwinan yang sama. Saya berkenal-kenalan dengan beliau. Suatu hari, Ahmad Sabqi menolong saya dengan memberi lubang pekerjaan seperti yang tertera di atas. Kalau tidak kerana dia, sudah tentu saya tidak mendapat jawatan tersebut.
  • Buat gambar cantik-cantik, confirm dapat kerja photographer! Walaupun anda tidak mempunyai sebarang kelayakan akademik dalam fotografi dan PR yang teruk (aku la tu) tetapi hasil kerja itu adalah kelayakan anda yang sebenar yang menilai kemampuan anda bekerja serta mampu mengatasi kelemahan PR anda, hahahahaha.. Hasil kerja anda mewakili anda untuk bersuara!! (aku wat lawak buduh masa temuduga).

MY SHOT minute : Games People Play

•July 24, 2008 • 2 Comments

My Pix

My Name

Feel free visit this video

*Thanks Abg.Dashuki for this info*

Photo Of The Day | Animal

•July 23, 2008 • No Comments

Pagi tadi, saya cuba mendapatkan sebuah hidupan liar disebuah kawasan di sepanjang perjalanan Jalan Muar. Malangnya pagi tersebut cuaca hujan dan saya cuba pergi melihat tempat tersebut. Memang tidak ada kera pun disana kerana hari hujan tetapi apa yang menarik perhatian saya kerana terdapat kerbau liar berkubang disana. Kerbau pun tidak kelihatan, mungkin disebabkan cuaca hujan. Setelah pulang dengan dibasahi hujan, saya yang kebosanan pusing sekitar halaman rumah dan dibelakang rumah keluarga saya terdapat sebuah belukar yang menjadi habitat baru untuk kumpulan kera. Dahulunya kawasan rumah keluarga saya mempunyai belukar/hutan yang tidak terusik. Menjadi pelbagai habitat haiwan dan bermacam-macam haiwan liar saya dapat lihat tetapi disebabkan pembangunan yang berleluasa, ancaman terhadap habitat haiwan tersebut menyebabkan haiwan-haiwan tersebut menjadikan kawasan penempatan manusia sebagai habitat baru mereka dan sumber makanan bagi haiwan tersebut.

* I wish i have 500mm @ 600mm tele-lens :D *

I’m an athlete

•July 20, 2008 • 2 Comments

I’m not a loser, I’m an athlete too

Love this ads and give me an inspirations to achieve my dreams. I wouldn’t give up so easily. Practice makes perfect.

Thanks a lot!

Photo Of The Day | Kera

•July 20, 2008 • No Comments

Apabila habitat mereka dimusnahkan, maka kera-kera akan mencari habitat baru di kawasan yang didiami oleh manusia. Justeru itu, pelbagai masalah akan timbul dan rumah keluarga saya berpunca daripada kera-kera ini. Waktu pagi itu, saya hanya sempat mengambil foto ini dan saya amat kurang bersedia sekali dengan kehadiran kera tersebut di kawasan rumah keluarga saya. Saya banyak terlepas ‘moment’ yang terbaik dengan lupa untuk set “Continuos High Speed Shooting”. Ini memberi pengalaman dan pembelajaran bahawa seharusnya saya lebih peka dengan keadaan yang berlaku di sekeliling saya.

*Teringat foto Monyet yang diambil oleh Razak Latif. My Favourite!*

Photo Of The Day | Wak Lan

•July 18, 2008 • 8 Comments

Hari ini kebetulan singgah di tapak pembinaan yang dulunya saya ada buat satu foto esei mengenai pekerja Bangladesh, Khalek Hashim. Ketika sedang asyik memotretkan wajah-wajah pekerja pendatang asing, saya sempat berbual dengan Wak Lan, dahulunya beliau seorang ketua kampung dari Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia. Disebabkan masalah ekonomi yang begitu teruk sekali ditambah perniagaan Wak Lan yang menyebabkan beliau terpaksa gulung tikar. Beliau memutuskan mencari rezeki di Malaysia untuk menyara keluarganya. Ternyata beliau amat gembira dengan kehadiran saya dan bertanya kenapa tidak selalu singgah dan duduk bersama mereka (pekerja-pekerja asing) untuk berbual. Alasan saya, sibuk bekerja. Nampaknya lampu hijau sudah diberi untuk mendekati mereka dengan lebih mendalam untuk membuat sebuah foto esei.

Photo Of The Day | Kids without Color.

•July 17, 2008 • 6 Comments

Same subject (refer entry : Innocent) but with different view.

Photo Of The Day | Chinese Kids.

•July 16, 2008 • No Comments

Saya akan terus berlatih memotretkan wajah-wajah manusia.

*Kids are natural subject*