Dreams

VeryFresh PhotoJourney adalah sebuah projek kumpulan pengembaraan fotografi yang dilakukan oleh Aizuddin Saad untuk mengelilingi dunia. Idea VeryFresh PhotoJourney sebenarnya diambil daripada idea Venice Dream Team, sekumpulan remaja dari Amerika yang diketuai oleh Bingwa dan menjadikan fotografi sebuah tiket untuk mengelilingi dunia. Mereka mengambil gambar bandaraya-bandaraya utama dunia dan pelbagai acara seperti jurugambar professional. Mereka menjual foto-foto tersebut untuk mencari sumber kewangan dan digunakan pada pengembaraan yang seterusnya. VeryFresh PhotoJourney mengambil idea asas daripada mereka dan merancang dengan lebih teliti supaya ianya kelihatan lebih sistematik dan tersusun. Projek ini lebih dikenali sebagai “Community Service” dan lebih menceritakan perjalanan hidup manusia di seluruh dunia. Ini kerana Aizuddin lebih berminat dalam dunia fotografi kemanusian dan menggunakan idea ini untuk mencapai impian dia mengelilingi dunia dan melihat budaya masyarakat antarabangsa. Diri Aizuddin banyak dipengaruhi dengan sejarah tamadun kemanusian sepanjang kehidupan sehariannya. Dia sentiasa ingin melihat sesuatu yang baru tetapi masalah kewangan menjadi punca utama untuk meneruskan minatnya. Dia mula berfikir bagaimana untuk mengelilingi dunia tanpa mengeluarkan sumber kewangan yang banyak dan teringat “Inspirational Photo Stories” dari remaja Amerika tersebut. Walaubagaimanapun, ianya sebuah projek yang penuh cabaran yang diluar jangkaan dan berharap pengembaraan ini akan menjadi sebuah cerita untuk generasi akan datang.


Projek ini masih dalam perancangan untuk menyiapkan kertas kerja dengan lebih teliti dan teratur.


Kenapa saya ingin melakukan projek ini?

  • Dengan foto, kita boleh pergi ke mana sahaja.

  • Saya ingin merintis segala kemungkinan (ayat Telekom Berhad).

  • Mahu membuktikan bahawa saya pun boleh buat seperti orang lain.

  • Malaysia Boleh!!!!

  • Saya ingin melihat budaya masyarakat antarabangsa.

  • Ini adalah impian saya.

  • Saya nak hasilkan sebuah kenangan yang berharga di zaman muda saya dan sebuah cerita untuk generasi akan datang terutama anak-anak saya.


14 Responses to “Dreams”

  1. rasa macam nk ikot gak..itu kata hati la…

  2. nk ikut boleh tapi kena ade komitment la..

  3. Photography isn’t just a fun hobby. It’s a ticket around the world.

    …totally rite…
    semoga succes buat anda ;)

  4. terima kasih atas sokongan anda.. saya amat hargai!

  5. Ini merupakan satu projek yang menarik.
    Semoga berjaya melaksanakannya… Insyaallah.

  6. wow projek ni mcm menarik… what’s the progress so far?? if u dont mind sharing.

  7. ikut!! saya mau ikut!! boleh?? tapi bila? saya masih kuliah tapi… ;(

  8. okeh.. ini aku betul2 berminat.. kalo kene cara & kedudukan kewangan aku, aku akan ikut.. masa tu pun aku sudah grad!

    serius!

    :)

  9. wahh..idea yang sangat mentarek hati dan diri aku. aku mahu ikut jika tiada aral, boleh kan?

  10. jemster - terima kasih, saya akan berusaha!

    mardziyatun - saya rasa anda boleh menolong saya dari segi keperluan yang lain.

    mohd ismail & penkek - sentiasa dialu-alukan akan kedatangan anda untuk join projek nie.

  11. waalaikummussalam,

    aku pasti ramai yang punya impian sama seperti kita. cuma antara rakan2 kita itu mungkin ada banyak halangan, seperti tiada kamera, tiada duit etc.

    homeless? penah la gak dalam 2 hari..hoho~ bleh rasanya. minat punya pasal.

    doakan aku supaya jumlah angka di dalam buku bank aku terus meningkat. huhu~

  12. Good Luck bro!!

  13. Wah. Menarik projek ni. Good luck bro. Entah-entah balik nanti kene panggil Datuk Aizuddin Saad la pulak kekeke.

  14. salam sahabat.
    kwn saya yg fwd website ni ttg cara utk mencuci lense, terima kasih kerana sudi berkongsi.

    saya pun mempunyai minat yg sama dgn kamu.
    tp itulah, cuti & kewangan menjadi halangan besar sbb bekerja dgn syarikat swasta.
    kalau ada masa, lawatlah website saya di: azizanzolkipli.multiply.com

Leave a Reply